

Berita baik untuk peminat gajet, OPPO kini memperkenalkan siri telefon pintar kelas pertengahan premium baharu iaitu Siri OPPO Reno8 5G dan bermula 30 Julai 2022 hingga 31 Julai 2022 ini, mereka akan mengadakan Roadshow Jualan Pertama di LG2, Orange Concourse, Sunway Pyramid.
Yang lagi best, 100 pelanggan pertama akan membawa pulang sepasang Enco Air2 Pro dengan setiap pembelian telefon pintar Siri OPPO Reno8 5G.
Korang juga berpeluang untuk menikmati hadiah percuma bernilai sehingga RM1,575 dan banyak lagi faedah menarik. Bestnya!
Mesti korang dah excited kan? Haa..sebelum tu meh admin kongsikan dulu apa yang menarik tentang Siri OPPO Reno8 5G ni!
Versi OPPO Reno8 Pro dalam Siri ini juga dikenali sebagai telefon pintar kelas pertengahan premium yang didatangkan dengan banyak hardware dan perisian unggul.
Pemprosesan pengimejan yang sangat jelas dengan MariSilicon X NPU
![]()
Kalau korang nak tahu, buat pertama kali dalam sejarah, OPPO Reno8 Pro 5G menggunakan pemprosesan pengimejan yang dibangunkan sendiri oleh OPPO dan ia merupakan NPU Pengimejan 6nm pertama di dunia tau.
Ciri Video 4K Ultra Night hasilkan imej dan video yang sangat jelas!
Diperkasakan dengan dwi pemprosesan MariSilicon X NPU dan SoC, ciri 4K Ultra Night kini tersedia dalam OPPO Reno8 Pro5G.
Dengan Video 4K Ultra Night, ia mampu menghasilkan video malam dengan kejelasan 4x lebih tinggi daripada video 1080P!
Ia juga menghalang exposure berlebihan dan mengurangkan noise di kawasan yang gelap.
Fuh, bayangkan lepas ni kualiti video dan imej yang korang snap pada waktu malam mesti setanding dengan jurugambar profesional!
Dilengkapi dengan Dwi-andalan Sony Sensor- IMX766 + IMX709

Tak lengkap sesebuah smartphone tanpa fungsi kamera yang hebat, betul tak? Haa..OPPO Reno8 Pro 5G ni juga dilengkapi dengan Dwi-andalan Sony Sensor-Sony IMX766 sensor pada kamera utama dan Sony IMX709 pada kamera hadapan.
Kalau korang nak tahu, ciri ini telah digunakan daripada Reno7 Series 5G dan kini sensor IMX709 ini dilengkapi dengan ciri Auto Fokus baharu. Haa..kini korang dah tak payah risau kalau nak tangkap gambar ramai-ramai, confirm semua masuk frame dan gambar yang dihasilkan pun berkualiti tinggi!
Rekaan yang sleek, slim dan moden

Dari segi design dan reka bentuk pula, OPPO Reno8 Pro5G memang tak kalah. Tetap mengekalkan rekaan yang simple tetapi berseni, cover belakang smartphone ini direka dengan rekaan Streamlined Unibody dan Ultra Slim Body yang juga merupakan rekaan ternipis dalam sejarah Reno serta efisien untuk digenggam si pemakai.
Ia juga hadir dalam dua warna premium iaitu Glazed Green dan Glazed Black. Color of the Year tu..cukup classy!
SuperVOOC 80W dan 120Hz Skrin

Satu lagi perkara yang perlu dititikberatkan bila membeli smartphone mestilah jangka hayat dan ketahanan bateri. Betul tak?
Jangan risau, OPPO Reno8 Pro 5G ni dilengkapi dengan 80W SuperVOOC Fast Charge yang mampu mengecas penuh smartphone dalam masa 28 minit sahaja. Uishh..pengecasan terpantas dalam sejarah Reno ni!
Buat gamers di luar sana, korang boleh main game puas-puas kerana bateri OPPO Reno8 Pro 5G ni mampu tahan sehingga 2 jam tau dengan hanya 5 minit cas sahaja!
Bukan itu saja, korang juga boleh menikmati pengalaman yang lancar dan pantas dengan skrin paparan bersaiz 6.7″ Ultra-Clear AMOLED dan 120Hz Refresh Rate serta Kadar Persampelan Sentuhan Skrin yang dipertingkatkan. Best kan!
Miliki Siri OPPO Reno8 5G & nikmati hadiah eksklusif dan pelbagai faedah menarik!

Yang bestnya bila korang jadi pengguna OPPO ni, korang bukan sahaja beli smartphone, malah korang juga berpeluang untuk bawa pulang pelbagai hadiah menarik dan nikmati faedah-faedah eksklusif.
Manakala, pelanggan yang membeli Siri OPPO Reno8 5G akan menerima hadiah bernilai sehingga RM1,575! Ini termasuklah Kotak Hadiah Eksklusif bernilai sehingga RM399 dan Keistimewaan Ahli MY OPPO bernilai sehingga RM888 termasuk 14 hari percubaan percuma di Celebrity Fitness, Biskut Famous Amos dan Neutrovis Premium Mask PERCUMA serta banyak lagi!
Bagi 100 pelanggan terawal, korang layak untuk mendapatkan OPPO Enco Air2 Pro PERCUMA bernilai RM349.
Bagi Promosi PWP pula, pelanggan yang membeli OPPO Pad Air layak untuk mendapatkan hadiah bernilai sehingga RM259. Ini termasuklah Pad Casing bernilai RM129 dan Keistimewaan Ahli MY OPPO bernilai sehingga RM130. Berbaloi-baloi!
Jadi, apa tunggu lagi? Jom ramai-ramai memeriahkan Roadshow Jualan Pertama OPPO di LG2, Orange Concourse, Sunway Pyramid, 30 Julai ini dan miliki Siri OPPO Reno8 5G secepat mungkin!
Untuk maklumat lanjut, layari laman web OPPO.








