

Berat mana memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah situasi yang dilalui kanak-kanak ini apabila ayah tersayang dijemput Ilahi kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Meninggal akibat kemalangan lori

Menerusi perkongsian video milik pengguna @abbyretro74 di laman TikTok, seorang kanak-kanak dilihat tidak dapat menahan sebak ketika melihat bapanya ditempatkan di dalam liang lahat.
Pada permulaan video, kanak-kanak tersebut kelihatan tenang, namun mula menangis beberapa ketika kemudian sehingga batuk-batuk dan tersedu-sedu.
Dalam video yang berbeza, bapa kepada kanak-kanak tersebut difahamkan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya melibatkan sebuah lori.
‘Semoga adik kuat’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak melihat keadaan kanak-kanak tersebut dan mendoakan agar dia kuat, selain berharap agar ahli keluarga yang lain menjaganya dengan baik.
Video
@abbybptowing Tak boleh bayang kan ape yang hadeef rase π
β¬ original sound – abbyretro74 π₯·πΌ – πΌπ½π πΎπΌπππππ π¦
Sumber: TikTok @abbyretro74






![[VIDEO] ‘Ada Orang Cakap Teman Lelaki Baru Syida Datang, Saya Tengok Tak Ada’ β Syafiq Azim](https://asset.ohbulan.com/2026/10/IMG_0396.jpg)
![[VIDEO] Ashhry Belanja 1,000 Pengunjung Sarapan Percuma Selepas Raih Sijil Halal JAKIM](https://asset.ohbulan.com/2026/10/asshryyy.jpg)
