Foto: Tribun News

Seorang lelaki, MJ, 26, di Desa Lepadi, Kecamatan Pajo, Indonesia dilaporkan maut selepas ditetak oleh abangnya sendiri berikutan tindakan luar kawalannya yang dipercayai mendera sebelum menanggalkan baju ibunya.

Tanggalkan baju ibu sendiri

Foto: Tribun News

Menerusi laporan Tribun News, suspek, ARD, 35, dikatakan geram dengan tindakan adiknya dan kejadian tersebut berlaku Isnin yang lalu jam 1 tengah hari (waktu tempatan). MJ didakwa sempat mendera sebelum bertindak membogelkan ibunya sebaik sahaja pulang ke rumah dalam keadaan mabuk.

Berang dengan apa terjadi, ARD bertindak menetak belakang dan lengan MJ sebelum mangsa dikejarkan ke hospital lalu disahkan meninggal dunia. Difahamkan MJ sebelum ini pernah bergaduh dengan ibunya sebelum bertindak menumbuk mata mangsa.

Telah ditahan polis

Sekadar gambar hiasan

Susulan daripada apa yang jadi, mangsa sempat melarikan diri sebelum berjaya ditahan oleh pihak polis dan punca kematian mangsa adalah disebabkan pelbagai kecederaan termasuklah tikaman.

Akibat kejadian ini, MJ mengalami luka di bahagian belakang dan lengan bawah hingga ketiak yang menyebabkan MJ meninggal dunia.

Suspek akui terpaksa menikam adiknya berikutan tidak boleh menerima ibunya diperlakukan sedemikian rupa.

Pengakuan ARD bahawa penderaan itu dilakukan kerana berasa sakit hati, selepas melihat ibunya dipukul dan dibogelkan oleh Mj, yang pulang dalam keadaan mabuk.

Sumber: Tribun News