
Ramai yang lebih fokus pada penjagaan diri demi kesihatan dalam persekitaran yang penuh cabaran sekarang. Lagipun, kita ni hidup dalam komuniti, kena saling bertolak ansur dan tolong-menolong antara satu sama lain. Sama la seperti apa yang dibuat oleh Redoxon x Jom Ronda ni!
Sempena tahun 2022, Redoxon x Jom Ronda dah kembali lagi untuk menyebarkan dan berkongsi keriangan dengan komuniti perumahan di sekitar Lembah Klang melalui pelbagai aktiviti menarik. Apa yang menarik tentang Jom Ronda pada tahun ni?
Jom Ronda kini kembali, menyokong kesihatan bersama Redoxon Malaysia!
Jom Ronda pernah dapat sambutan hangat pada bulan November 2021. Banyak jenama diperkenalkan kepada orang ramai melalui inisiatif terbaru oleh Media Prima Omnia. Paling menarik, kumpulan Jom Ronda kini kembali pada tahun 2022 dengan kerjasama baharu! Iaitu dengan jenama Vitamin C terkenal, Redoxon!

Media Prima Omnia berbesar hati menampilkan Redoxon sebagai penaja utama Jom Ronda dan mengalu-alukan Toyota sebagai kereta rasmi yang digunakan oleh kru Redoxon x Jom Ronda. Kru akan mulakan perjalanan dari Sri Pentas Bandar Utama, Selangor pada awal pagi 14 Mac 2022. Tak sabar nak sambut mereka!
Beri 4,000 goodies bag buat mereka yang bertuah!

Bermula 14 hingga 31 Mac 2022, kumpulan kru Redoxon x Jom Ronda akan mengagihkan 4,000 goodies bag dengan melawat beberapa kawasan perumahan di Lembah Klang, Pusat PPV serta rumah kebajikan dan rumah orang-orang tua terpilih.

Sepanjang 18 hari kempen ni berlangsung, orang ramai yang nak kru Redoxon x Jom Ronda datang ke kawasan perumahan digalakkan untuk melawat platform media sosial Facebook @jomhebohofficial dan Instagram @jomhebohofficial . Kalau korang berminat, boleh la daftar ya!
Tapi, apa agaknya yang orang ramai akan dapat daripada kru Redoxon x Jom Ronda nanti? Jeng, jeng, jeng…
Pemberian Pakej Penjagaan Redoxon secara percuma!

Buat pengetahuan korang semua, Redoxon ialah makanan tambahan kesihatan untuk menyokong kesihatan imun sistem yang baik yang baik. Tak hairan la kalau kempen Jom Ronda ni sangat bermakna buat Redoxon. Mereka nak terus memberi perkhidmatan kepada pengguna dan komuniti dalam kalangan kehidupan kita.

Kempen ini turut merealisasikan tujuan jenama Redoxon untuk sentiasa berusaha memupuk daya tahan manusia melalui kesihatan yang baik, agar semua orang berupaya menghadapi cabaran mendatang dengan rasa yakin
Pada masa yang sama, Redoxon keluarkan suplemen kesihatan terbaru tau. Nak tahu apa dia?
Redoxon keluarkan Redoxon Triple Action, suplemen kesihatan yang baik!

Baru-baru ni, Redoxon telah melancarkan Redoxon Triple Action, satu suplemen kesihatan yang menyokong kesihatan imun sistem yang baik dengan manfaat 3 dalam 1 Vitamin C, Zink, dan ditambah dengan Vitamin D. Apa yang menarik tentangnya?
Redoxon Triple Action mengandungi Vitamin C untuk menyokong sistem imuniti yang sihat dan bertindak sebagai antioksidan bagi melindungi tubuh kita daripada kemudaratan oksidatif akibat persekitaran yang mencabar.
Paling penting, Redoxon Triple Action diperakui halal, tidak mengandungi gula tambahan, dan tiada pengawet tambahan. Ianya didatangkan dengan rasa oren yang sedap dan sesuai diambil setiap hari. Hanya 1 tablet setiap hari untuk penjagaan kesihatan imuniti.
Jangan lepaskan peluang memenangi hadiah menarik!

Nak menang hadiah menarik? Jangan lupa ikuti langkah-langkah di sini dan selfie di media sosial goodies bag yang korang terima. Korang ada peluang menang hadiah misteri dan barangan eksklusif tau!

Paling best, selebriti tempatan iaitu Haziq daripada HotFM dan Orange daripada 8FM turut menyertai kempen ni sebagai rakan imuniti Redoxon x Jom Ronda. Dah la dapat peluang jumpa selebriti, ada hadiah misteri pulak tu. Hadiah yang ditawarkan seperti smartphone, smartwatch, air purifier dan produk Redoxon. Syoknya!

Tunggu apa lagi, berikan nama kawasan perumahan korang untuk kunjungan eksklusif kru Redoxon x Jom Ronda! Layari laman Facebook @jomhebohofficial dan Instagram @jomhebohofficial untuk menghantar komen nama perumahan korang. Mereka akan datang jumpa korang nanti!
#RedoxonxJomRonda






![[VIDEO] Madammu Sebak Anak Menangis Minta Maaf Terlalu Inginkan Adik – ‘Katanya Dia Mahu Baby, Tapi Saya Yang Sakit Lalui Proses Itu’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/madammu1.jpg)

