berita

Transformasi Sungei Wang, Ini yang korang tak tahu sebenarnya!

October 2nd, 2019 | by Aimi Raihana Mudzakir
Shout Out!

Kalau korang budak 90-an, korang mesti tahu yang Sungei Wang dekat Bukit Bintang tu tempat best untuk lepak dan beli baju yang paling trending dekat Kuala Lumpur. Time tu, memang ramai giler remaja curi-curi pergi main kasut roda. Siap ajak satu geng buat “countdown”!

Baru-baru ni mesti korang ingat banyak kedai tutup kat Sungei Wang kan? Lagipun Sungei Wang dah berumur 42 tahun kan? Hmm…!! Cumanya kenapa tetiba pikir macam tu?

Transformasi ‘Golden’ Sungei Wang yang ramai tak tahu

Ha! Itulah yang korang kena tahu, sebenarnya Sungei Wang dan CapitaLand Malaysia (pemegang saham utama) sengap-sengap plan dan upgrade Sungei Wang ke arah yang lebih baik dan setaraf dengan shopping mall yang lain pada tahun ini!

Sekarang Sungei Wang dah lain macam, ianya diterangi dengan warna keemasan dari B1 sampai ke tingkat 6. Memang mewah habis! Terkejut la kalau korang tengok.

Siap ada skrin 3D! Memang cantiklah Sungei Wang!

Apa yang menariknya lagi, akan ada skrin 3D tau. Lepas ni korang mesti asyik nak ke atrium Sungei Wang sebab cantik sangat dihiasi lampu lip-lap. Ini barulah nampak moden kalau tak sugul je kan. Barulah ada mood nak shopping kalau meriah macam ni!

Jom JUMPA @Sungei Wang!

Kedai-kedai lain dekat Sungei Wang macam Giant, MR DIY, Daiso Jepun, dan pelbagai lagi dah upgrade kedai-kedai diorang. Servis pun terbaik

Rasanya, persoalan korang dah terjawab. Sungei Wang bukan tutup, tapi sedang menjalani proses pembaharuan.

Take note tau, bangunan enam tingkat di mana Parkson berada sebelum ni telah diubahsuai kepada ruang niaga yang baru dan lebih banyak pilihan untuk korang shopping.

Dikenali sebagai Jumpa@Sungei Wang. Korang wajib datang sini. Banyak tempat hiburan dah dibuka untuk korang. Masa ni, korang boleh bawak family dan kawan-kawan korang dan spend masa bersama.

Yang kaki shopping wajib singgah JUMPA@Sungei Wang. Best wei!

Selain itu, ada lebih daripada 100 kedai seperti butik kecantikan, pakaian berjenama, restoran, kafe dan of course, ada pasaraya juga. Yang kaki shopping wajib singgah Sungei Wang yang baru ni.

Seronok wei! Best nya kalau shopping dekat Sungei Wang. Lagipun, Jumpa@Sungei Wang dah dibuka bermula pada 25 September 2019, tadi. Excited pulak min nak pergi sana dan saksikan sendiri perubahan Sungei Wang.

Untuk informasi yang terkini, korang boleh singgah di Website Sungei Wang ataupun Facebook Sungei Wang okay!

Jumpa di sana ye!

Website: Sungei Wang

Facebook: Sungei Wang

Google maps:

SKIP THIS AD ×