

Sekadar gambar hiasan
Seorang lelaki di Rom, Itali bertindak untuk serah diri ke balai polis dan minta untuk dipenjara gara-gara tidak tahan untuk hidup bersama isteri di rumah.
Tak tahan hidup dengan isteri

Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan Wionews, lelaki berusia 30-an itu diarahkan untuk menjalani perintah tahanan di rumah selepas didapati bersalah kerana terlibat dalam kes jenayah dadah beberapa bulan lalu. Walau bagaimanapun, lelaki terbabit mengakui tidak tahan hidup bersama isterinya di rumah malah dia sanggup menetap di dalam penjara.
Oleh hal demikian, lelaki berkenaan bertindak melarikan diri dan membuat rayuan kepada pihak berkuasa untuk dipenjara. Bukan itu sahaja, dia turut mengakui kehidupannya di rumah ibarat di neraka.
Dengar sini, kehidupan harian saya seperti di neraka. Saya dah tak boleh bertahan lagi. Saya nak masuk penjara.
Menurut sumber, permintaan lelaki itu akhirnya diluluskan. Bukan itu sahaja, badan kehakiman memerintahkan pihak polis untuk memindahkan lelaki malang tersebut dan ianya sekaligus dapat membantu ‘menyelesaikan’ masalah hidup yang dihadapinya.
Sumber: Wionews








![[VIDEO] Abiejam Jelaskan Tujuan Belanja RM12,000 Beli Squishy Untuk Kanak-Kanak – ‘Saya Tahu Ramai Ibu Tidak Mampu’](https://asset.ohbulan.com/2026/10/abiejam-2.jpg)