berita

Ini Antara 9 Soalan Berani Mati Saudara-Mara Akan Tanya Bila Tiba Musim Raya, Pernah Kena?

May 31st, 2019 | by Epul
Sponsored Post

Pejam celik pejam celik dah nak raya. Rasanya macam baru mula berpuasa semalam. Admin yakin mesti korang dah banyak buat persiapan raya. Contohnya, beli baju raya, apply cuti, beli tiket bas atau servis kereta nak balik kampung dan sebagainya.

Tapi, dalam banyak-banyak persiapan tu, macam mana pula dengan persiapan korang untuk berdepan soalan-soalan ‘berani mati’ dari saudara-mara korang masa raya nanti? Haaa, terkedu kan? Kalau silap jawab, masak korang nanti!

Sebab admin baik hari ni, admin share sikit soalan-soalan ‘berani mati’ yang pernah admin dapat masa raya dulu-dulu. Jadi, bolehlah korang prepare jawapan yang tepat, bernas dan padat. Bagi orang yang tanya tu terkedu pulak!

1. Dapat berapa SPM haritu? Dah fikir ke nak sambung belajar mana & ambil course apa?

Bagi sesetengah orang, kita tak suka dedahkan result peperiksaan. Tak kisahlah result kita cemerlang ke gagal ke… Kalau ada juga yang tanya, jawab je “Alhamdulillah, cukup-cukup makan”.

2. Semester ke berapa dah belajar ni? Bila nak habis?

Makcik korang tu datang beraya pun setahun sekali, korang belajar pun 3-4 tahun. Bukan sebulan dua! Nanti tahun kelima datang beraya InsyaAllah korang dah boleh jawab “Alhamdulillah, baru habis belajar”.

3. Dah habis belajar ni, bila nak kerja?

Bila korang dah habis belajar, soalan ‘berani mati’ tu takkan terhenti di situ saja. Mesti diorang tanya “bila nak kerja?” pulak. Yelah, admin faham korang tengah cari kerja tapi kalau diorang tanya tu dengan niat nak bagi kerja tak apa juga kan?

4. Tak nak try minta kerja kerajaan? Banyak manfaat bila kau tua nanti…

Pilihan sama ada kerja swasta atau kerajaan adalah pilihan sendiri sebenarnya. Bagi anak muda, mesti korang nak rasa gaji besar bila mula kerja kan? Tak dinafikan ada juga yang memilih kerja kerajaan sebab memikirkan manfaat pada hari tua.

Apa-apa pun, buatlah pilihan yang bijak. Asalkan korang ada kerja…

5. Macam mana kerja? Okay? Dapat bonus tak tahun ni?

Ni tanya-tanya ni nak mintak belanja makan tak pun duit raya ke? Sibuk pula nak tahu dapat bonus atau tak. Gaji pun kita tak suka share, apatah lagi bonus tahunan!

6. Umur dah nak masuk 30, bila nak kahwin?

Sebelum diorang tanya soalan ni, diorang akan tanya dulu “dah ada boyfriend/girlfriend ke?”. Kalau korang jawab ada, mesti diorang korek-korek rahsia pasal pasangan korang tu.

Kalau korang jawab tak ada, soalan tu mungkin akan terhenti di situ saja atau korang akan dibahan sebab umur makin meningkat tapi belum ada perancangan nak kahwin.

7. Tahniah akhirnya kahwin jugak. Bila plan nak ada anak?

Kalau korang baru kahwin sebulan dua, agak kurang logiklah soalan tu ditujukan pada korang kan? Mesti ada di antara korang yang nak enjoy duduk berdua dengan pasangan sebelum ada cahaya mata kan?

Kalau korang dah lama kahwin, soalan tu sedikit sebanyak akan menyentuh hati sebab mungkin korang dah banyak kali mencuba tapi Tuhan belum bagi rezeki. Jadi, banyak-banyakkanlah berdoa dan minta si tukang tanya tu doakan semoga korang dikurniakan zuriat secepatnya.

Percayalah kata admin, bila korang dah ada sorang anak, mesti ada saudara-mara yang sibuk tanya “taknak tambah lagi sorang ke?”. Geleng kepala admin dibuatnya…

8. Kenapa kurus sangat ni? Sakit ke?

Kadang-kadang, kita tak tahu apa masalah saudara-mara kita ni. Bila kurus sangat kata sakit. Bila berisi pun dikata makin gemuk, makan banyaklah, dikata leher hilanglah… Jumpa pun setahun sekali, bukan diorang nampak perubahan kita sepanjang tahun kan?

9. Belum kerja? Kau taknak beli kereta, rumah? Tak kesian mak ayah? Macam ni lah, pakcik ada kerja nak bagi…

Awas, admin bagi amaran awal-awal. Soalan ni boleh membawa korang ke arah kebaikan atau sebaliknya. Kalau faham, biasanya soalan ni orang-orang yang join Multi Level Marketing (MLM) je akan tanya.

Kalau korang kenal rapat saudara-mara korang tu dan dia pun dah bekerja lama di syarikat tu, tak salah nak rebut peluang. Kalau tak, sampai bila nak duduk menganggur kan?

Walau banyak mana soalan yang dilemparkan kepada korang ketika musim raya, banyakkan bersabar dan senyum je lah…

Nak marah balik sebab soalan-soalan tu pun tak guna, mereka semua saudara-mara kita kan? Senyum je lah dan pamerkan senyuman paaaaling menawan korang dengan bantuan Colgate Optic White ketika musim perayaan Aidilfitri kali ni.

Selepas penggunaan selama seminggu, Colgate Optic White berupaya memutihkan gigi korang* dengan menanggalkan kesan kotoran ekstrinsik.

Jom dapatkan rangkaian produk Colgate Optic White di kedai-kedai berhampiran untuk gigi lebih putih raya ini. Pamerkan senyuman menawan dengan gigi putih berseri, baru saudara-mara terdiam! Selamat Hari Raya!

*Apabila korang menggunakan seperti yang diarahkan. Untuk kesan kotoran ekstrinsik saja. Kesan mungkin berbeza mengikut individu.

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×