berita

Setiap Anak Muda Pasti Selalu Diduga Dengan Cabaran Bila Nak Capai 6 Impian Ini Kan?

June 13th, 2019 | by Epul
Sponsored Post

Setiap orang yang lahir atas muka bumi ni mesti ada impian dan angan-angan. Macam admin dari zaman belajar dulu teringin nak pakai phone canggih. Yelah, zaman belajar pakai phone cikai je.. Jadi, admin berazam 3 bulan kerja kumpul duit, beli phone baru. Puas hati!

Lagi-lagi bila cakap pasal kerja ni, keinginan nak capai sesuatu tu membuak-buak bila tengok kawan-kawan sorang demi sorang dapat achieve impian diorang… Yelah, masing-masing dah kerja kan?

Bagi anak muda macam korang, mesti tak terlepas dari mempunyai impian tak kiralah kecil atau pun besar. Salah satu daripada impian tu mesti ada dalam banyak-banyak impian yang admin listkan kat bawah ni. Betul tak?

1. Bercita-cita nak beli rumah tapi tak sempat kumpul duit

Setiap anak muda yang mula kerja, biasanya akan menyewa bilik kalau tak duduk dengan mak ayah. Tapi, lama-kelamaan, mesti boring menyewa dan rasa nak ada rumah sendiri bila dah lama kerja kan?

Tapi, angan-angan tu tanpa sedar terkubur sebab tak sempat nak kumpul deposit rumah, duit dah habis guna untuk tujuan lain. Contohnya beli kopi mahal setiap pagi, langgan perkhidmatan langganan muzik, platform penstriman video, keahlian gym, belanja kawan dan macam-macam lagi…

2. Nak pakai kereta gempak tapi bila kira gaji tahunan, tak cukup bajet

Siapa je tak terliur tengok kereta mewah lalu-lalang depan office hari-hari. Mesti korang berangan dapat pandu kereta gempak pergi kerja, selesa, perjalanan ke tempat kerja pun lebih cepat. Tapi, bila korang buat kira-kira, gaji korang belum mampu nak beli kereta…

Sebenarnya bila korang dah ada kereta, komitmen bulanan makin bertambah. Servis, ansuran bulanan, minyak, tol dan macam-macam lagi. Kalau korang belum mampu, tak apa… Naiklah kenderaan awam dulu. Agak-agak mampu baru beli kereta idaman okay?

3. Nak tukar-tukar smartphone, walaupun gajet yang ada masih boleh guna

Selain kereta, smartphone juga selaaalu jadi kegilaan anak-anak muda. Lagi-lagi bila nampak member bergaya dengan gajet terbaru, iklan dekat media sosial pulak berlambak. Lagi lah rasa nak tukar smartphone tu membuak-buak!

Sebaiknya, korang janganlah membazir duit upgrade smartphone selalu selagi tak ada sebab yang kuat contohnya phone korang dah teruk sangat… Guna apa yang ada dulu, duit yang korang bakal laburkan tu simpan untuk masa depan!

4. Nak shopping online selalu tapi kad kredit dah sampai limit

Bila dah bekerja dan pegang duit sendiri ni, tangan mesti gatal nak shopping kan? Paling tidak korang akan ada satu kad kredit untuk kegunaan harian seperti makan, isi petrol dan sebagainya. Tapi, kalau dah kerap sangat guna, tak sedar kad korang dah sampai limit!

Masa tu, tak dapat nak lunaskan hajat korang untuk shopping online selalu. Walaupun ada promo gila-gila dekat pelbagai laman e-dagang, nak tak nak korang kena tahan nafsu shopping sampai hujung bulan dan bayar dulu kegunaan bulan semasa. Baru boleh shopping!

5. Nak jadi macam ‘Instafamous’, minum bubble tea setiap hari

Lifestyle anak muda zaman sekarang, memang gilakan bubble tea. Tengok jelah orang beratur dekat kedai bubble tea yang ada kat Lembah Klang ni, punyalah panjang. Semuanya nak acah-acah jadi ‘Instafamous’ upload minum bubble tea dekat Instagram masing-masing.

Tapi, korang tau tak nak ke kedai bubble tea tu, sesak ya amat. Bila dah viral, apa lagi hype dia mengalahkan sale raya. Malah, harga bubble tea bukan RM2-3. Paling tidak korang kena sediakan RM200-300 sebulan untuk bubble tea saja. Mana nak cari duit?

6. Nak hidup selesa lepas bersara tapi tak pernah terfikir nak menyimpan

Anak muda sekalian, pernah terfikir tak apa akan jadi dengan hidup korang bila dah tak bekerja dan bersara? Mesti nak hidup selesa, duit banyak, tak payah kerja, dapat travel seluruh dunia. Tapi, sekarang ni korang langsung tak ada planning untuk menyimpan.

Bila nak mula menyimpan, macam-macam alasan korang bagi. Sibuklah, tak sempat nak fikirlah, belum tiba masanyalah, nak enjoy dululah… Tak boleh macam tu tau, korang kena luangkan masa untuk masa depan lepas bersara yang lebih cerah!

Realisasikan impian korang, jom mula menyimpan di PRS!

Kalau admin cakap untuk capai semua impian tu korang perlukan duit, korang tentu setuju kan? Jadi, ada baiknya korang plan dan menyimpan daripada sekarang, sedikit sebanyak masa depan korang lebih cerah. Jadi, Jangan hanya berangan-laa. Jom! Simpan di PRS!

Untuk pengetahuan korang, Skim Persaraan Swasta (PRS) adalah skim simpanan dan pelaburan jangka panjang yang dilakukan secara sukarela dan diperkenalkan untuk membantu individu supaya dapat menyimpan lebih untuk kegunaan lepas bersara.

Dengan menyimpan di PRS, kedudukan kewangan korang lama-lama akan kukuh malah boleh dimanfaatkan bila korang dah bersara dan tak bekerja kelak!

Simpan RM100 je…

Untuk pengetahuan korang, bila menyimpan di PRS, korang akan dapat nikmati baaanyak manfaat seperti pilihan untuk membuka akaun dan menyimpan secara online atau dengan 8 Penyedia PRS, pelepasan cukai sehingga RM3,000 setahun, dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan banyak lagi!

Berapa kita perlukan kalau nak mula menyimpan ni? Tak banyak pun! Korang hanya perlukan wang serendah RM100 untuk buka akaun PRS. Malah, korang tak perlu ke mana-mana cawangan untuk buka akaun PRS ni!

Hanya daftar secara online di laman web PRS Online dan mulakan simpanan untuk masa depan lebih cerah di sana! Bulan ni simpan RM100, bulan depan RM100 lagi pun boleh. Kata orang, ‘sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit’!

Untuk maklumat lanjut tentang PRS yang ditadbir oleh Private Pension Administrator Malaysia (PPA) ini, layari laman web PPA dan follow Facebook PPA Malaysia untuk update dan promosi terkini daripada mereka. Selamat menyimpan!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×