Musim perayaan ini ramai diantara kita mendapat kunjungan dari sanak saudara untuk datang beraya di rumah. Sebagai tuan rumah, korang semestinya menyediakan makanan untuk para tetamu yang hadir sebagai tanda untuk meraikan kehadiran mereka.
Disamping itu, menerusi Twitter Iela Jamil, berkongsi kisah ibunya yang penat memasak pelbagai juadah untuk meraikan saudara yang hendak beraya ke rumahnya namun tidak kunjung tiba. Saudaranya yang menyatakan hasrat untuk datang beraya tidak dapat menunaikan janji dengan memberi alasan yang tidak munasabah.
Mak aku dahlah tak sihat
Punya gembira nak menjamu tetamu, tapi ini jadinya
Alasan buat aku rasa nak mengamuk
Sampai malam dia tunggu
Sumber: Iela Jamil