berita

‘Instagram Saya Pun Bukan Free’ – Diminta Beri Promosi Percuma Di IG, Sharifah Sakinah Pertikai Produksi

July 9th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Ramai tahu pelakon Sharifah Sakinah memang lantang memberi pendapatnya di laman sosial. Terbaru, pelakon Girlfriend Dari Neraka ini meluahkan kekesalannya di media sosial terhadap isu bayaran yang diberikan kepada Instafamous untuk mempromosikan sesebuah drama atau filem di platform media sosial mereka.

Dia meluahkan rasa kecewanya terhadap stesen televisyen yang mengharapkan setiap pelakon membuat promosi drama di laman Instagram.

Both platform is our tempat cari makan

Pelakon Girlfriend Dari Neraka ini memberi pendapat peribadinya terhadap situasi bayaran yang dibuat pelakon berbanding instafamous yang sering diberikan wang untuk mempromosikan sesebuah drama atau filem.

When an instafamous get to be on TV they get paid. But when a TV actor have to post their promo on Instagram we have to post it for free. Both platform is our tempat cari makan, obviously TV station is trying to get freebies by paying actor for their acting services and expecting a free advertisement to million followers without paying a cent.

By contract, I charged for my acting services only, while my social media is my other ‘job’ which I carefully curate and jaga.

Saya rasa instagram pun bukan free

Sharifah Sakinah meluahkan rasa kesal terhadap perkara ini dan dia juga meminta pandangan pengikutnya di Instagram mengenai bayaran sewajarnya untuk tujuan promosi drama atau filem di laman sosial.

So what do you guys think? Especially yang work both platforms TV and social media, shouldn’t we start charging untuk tujuan promo? Rasanya gaji untuk job berlakon je bukan untuk promo sekali dalam Instagram. Itu dah boleh dikira start charge tak. Nak tanya je. Sebab instafamous masuk Tv kena bayar bukan free. So saya rasa instagram saya pun bukan free. Saya rasa la.

Sumber: Sharifah Sakinah

SKIP THIS AD ×