National Highway 1 di Zoji La Pass terletak di Banjaran Himalaya, India. Sehingga kini Zoji La Pass diiktirafkan sebagai lebuhraya yang paling ngeri dan berbahaya di dunia. Pelbagai kenderaan yang melalui jalan ini termasuk motorsikal, kereta dan juga lori.
Muhd Hidayatullah kongsi foto dan video pengalaman travel ke negara itu. Sepastinya mengambil peluang untuk melalui laluan ini dengan menaiki motorsikal berkuasa tinggi. Memang ngeri tengok video ini.
Highway paling berbahaya di dunia
Zoji La Pass terletak di banjaran gunung di India diantara Jammu dan Kashmir. Laluan lebuhraya National Highway 1 pula bermula dari Srinagar dan Leh di arah Barat Banjaran Himalaya. Ketinggian gunung ini kira-kira 11, 575 kaki (3,5,28 meter) dari atas paras air. Zoji La Pass antara jalan lebuhraya yang paling berbahaya di dunia. Pada musim salji, jalan ini akan ditutup akibat dari ketebalan salji yang menutup sebahagian jalan National Highway 1.
Memang tak rasa kaki
Kali ni aku tunjuk video pulak,dia punya cuak nak lalu itu mmg xrasa kaki dh. Zojila pass dkat India ni mmg laluan paling aku rasa paling gila. Korang rasa sendiri lah sambil tgk video ni. Salah skit je habislah. Ini kamera dari kawan aku Fauzi Benyamin.
Zojila Pass – India pic.twitter.com/vhPefGJfav
— MuhdHidayatullah (@mhidayatullah31) July 15, 2019
Ini highway paling gila
Pengalaman yang dikongsi netizen
been there !! gaung dia mmg sipi2 je ?? tapi pemandangan lawa gila pic.twitter.com/s9wVhwAtZM
— naddy ? (@amyranadyaa) July 13, 2019
Ya Allah seram. I pernah lalu Rohtang Pass, itu pun mengucap panjang ? pic.twitter.com/2zyiSGF8Bp
— Nabee Lolan (@nabeelahroslan) July 13, 2019
Foto bikers travel ke India
Cantiknya pemandangan Zoji La Pass
Sumber: Muhd Hidayatullah