Penyanyi, Sissy Imann, menampilkan kelainan baru buat para peminatnya apabila dia mengeluarkan single balada sulung iaitu ‘ Bisa Mencinta’. Lagu yang diterbitkan oleh Faizal Tahir, sangat memberi kesan buat para pendengar meskipun muzik video (MV) tersebut baru dimuat naik beberapa hari yang lalu. Jom dengar!

Bisa Mencinta

Lagu ciptaan Amir dan Mike itu telah dilancarkan di platform digital Joox pada 14 Ogos lalu, disusuli muzik video (MV) di YouTube pada 17 Ogos. Setakat ini, MV ‘Bisa Mencinta’ telah meraih 472k tontonan di Youtube. Menerusi MV kali ini, peminat dapat menyaksikan sisi diri yang lebih matang daripada Sissy Imann.

Menurut netizen, Sissy Iman berjaya membawakan lagu tersebut dengan baik dan mereka berharap lagu ‘Bisa Mencinta’ bakal menjadi OST dalam filem mahupun drama di Malaysia. Pada masa yang sama, mereka berharap lagu tersebut menjadi trending dan mendapat tempat di corong-corong stesen radio tempatan.

Mesra OST

Sumber: Youtube