Seorang warga emas Britain, Terry Brazier menghadapi saat-saat genting apabila kumpulan perubatan di Leicester Royal Infirmary melakukan kesalahan terhadap prosedur yang sepatutnya dilakukan ke atas pesakit tersebut.
Pada asalnya, tujuan Terry Brazier ke hospital tersebut adalah untuk menerima suntikan botox pada pundi kencingnya. Namun lain pula ceritanya apabila Brazier disunatkan tanpa sengaja oleh kakitangan hospital berkenaan.
Ada perkara perlu pandang serius…
Memetik laporan daripada British Broadcasting Corporation (BBC), selepas selesai prosedur tersebut, Brazier terpaksa menunggu selama dua jam sehingga pihak hospital memberitahunya tentang berita tersebut.
Menurut Mr. Brazier dari Hinckley, ada perkara boleh bergurau tetapi ada sisi yang perlu dipandang serius kerana perkara seperti ini akan membuatkan bahagian badan seseorang tersalah potong. Perkara seperti ini sepatutnya tidak berlaku dan tidak akan pernah terjadi sekali lagi.
Apabila anda ke hospital dan meletakkan kepercayaan kepada kumpulan perubatan dan menjangkakan tidak akan ada kesilapan yang berlaku tetapi sebaliknya lain pula yang terjadi.
Duit tidak dapat mengubah apa-apa…
Susulan daripada kejadian tersebut, pihak Hospital Universiti Leicester telah membuat bayaran pampasan berjumlah 20,000 Pound Sterling (RM102,250) kepada Terry Brazier. Walaupun duit tidak dapat mengubah apa yang telah berlaku, namun pihak hospital berharap bayaran ini diberi sebagai wang pampasan.
Pengarah Hospital Universiti Leicester, Andrew Furlong turut memohon maaf kepada Terry Brazier dan menegaskan bahawa kesilapan sama tidak akan berulang lagi.
Sumber: British Broadcasting Corporation