berita

Nak Gambar Letup Hanya Dengan Smartphone? Korang Kena Try 2 Kamera Telefon Pintar Ni!

August 15th, 2019 | by Epul
Sponsored Post

Ambil gambar pakai phone kau la. Kamera kau cantik!

Korang ada tak kawan macam ni? Kalau nak ambil gambar je asyik nak pakai phone orang lain, alasan dia sebab kamera phone dia tak cantik. Sebagai kawan yang baik, apa kata nasihatkan kawan korang untuk beli phone baru je.

Sekarang ni ada je model telefon pintar baru keluar kat pasaran. Haa..Ni kami nak kenalkan dengan 2 model smartphones yang mampu berikan korang kepuasan dalam dunia fotografi melalui telefon pintar!

HONOR 20 Pro & HONOR 20 dah mai Malaysia!

Selepas pelbagai khabar angin tentang model telefon pintar terbaru HONOR 20 Pro dan HONOR 20, nampaknya pengguna setia HONOR yang menanti kedatangannya dah boleh tersenyum kerana model ini akhirnya berada di pasaran Malaysia!

Persepsi pertama kami untuk model terbaru HONOR ni ialah terbaik! Kalau korang sedang mencari telefon pintar dengan hasil fotografi yang luar biasa, HONOR 20 Pro dan HONOR 20 adalah pilihan terbaik untuk korang. Meyh kami share sikit spesifikasi 2 model ni.

HONOR 20 Pro

HONOR 20 Pro tampil dengan sistem 4 kamera, gabungan antara lensa utama 48MP f/1.4, apertur terbesar di telefon pintar, 16MP lensa sudut lebar, 8MP lensa telefoto serta lensa makro 2MP. HONOR 20 Pro ketika ini berada di tangga kedua carta DxOMark dibelakang Huawei P30 Pro dan Samsung Galaxy S10 5G yang berkongsi mata dikedudukan teratas.

Kehebatan kamera ini ditambah lagi dengan penstabil imej optikal (OIS) 4-paksi di kamera utama dan telefoto. Ia juga dilengkapi autofokus laser yang lebih tepat dan pantas. Selain datang dengan AIS dan mod Super Night, HONOR 20 Pro turut disertakan kuasa zum digital 30x dan mod HandHeld Moon, untuk mengambil gambar bulan tanpa tripod, cukup dengan tangan.

Peranti ini turut didatangkan dengan RAM sehingga 8GB, memori simpanan sehingga 256GB, bateri berkapasiti 4000mAh menyokong pengecasan pantas 22.5W HONOR SuperCharge.

HONOR 20 Pro akan dijual bermula 15 Ogos 2019, pada harga RM2299. Bagi yang berminat, korang boleh dapatkan di kedai rasmi HONOR, Shopee, Hihonor (e-dagang rasmi) dan dapat PERCUMA bagasi, HONOR mini speaker, dan selfie stick bernilai RM500*.

HONOR 20

HONOR 20 adalah sebuah telefon pintar dengan binaan empat kamera utama yang terdiri daripada lensa utama 48MP dari Sony IMX586, 16MP ultra-lebar, lensa Depth Assist 2MP dan lensa makro 2MP. Ia turut menyertakan bateri 3750mAh yang dilengkapi sokongan pengecasan SuperCharge 22.5W dan kapasiti RAM 6GB dan penyimpanan memori 128GB.

Antara persamaan HONOR 20 Pro dan HONOR 20 adalah kedua-duanya diperkasa SoC Kirin 980 iaitu cip Huawei paling hebat setakat ini. Di bahagian muka, mereka ada paparan sebesar 6.26” dengan resolusi HD Penuh+.

Daripada mata kasar, kedua-dua telefon nampak serupa tapi jika diamati betul-betul, ada beberapa kelainan antara mereka dan HONOR 20 adalah versi yang lebih mampu milik. Menguatkan lagi penawaran adalah jaminan tambahan selama 1 tahun seperti yang telah dipromosikan HONOR sebelum ini.

Ni kami share sikit gambar yang dirakam menggunakan model terbaru HONOR. Cantik weyh, macam guna kamera DSLR!

HONOR bukan je ada smartphone dengan kamera yang awesome. Diorang jugak ada…

Sempena dua tarikh penting negara kita iaitu Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang bakal tiba, HONOR akan mengadakan Promosi Merdeka dari 15 Ogos hingga 16 September 2019.

Ada lebih 600 ribu giveaways bakal menanti korang dan paling best mestilah harga runtuh untuk model telefon pintar HONOR yang terpilih iaitu HONOR View20, HONOR 8X dan HONOR 8C.

Jom rebut promosi HONOR hari ni!

Tunggu apa lagi? Jomlah bertukar ke HONOR 20 Pro atau 20 untuk hasil gambar seperti profesional. Bukan tu je, korang pon boleh dapat hadiah eksklusif tau!

Nak tau lebih lanjut mengenai HONOR 20 PRO dan 20, korang pergi je ke laman web rasmi HONOR ni. Kalau nak tau tentang Promosi Merdeka HONOR pula korang boleh pergi kat HONOR Stores yang berdekatan takpun usya laman web rasmi HONOR untuk info lanjut.

Jangan lepaskan peluang korang untuk dapatkan promosi menarik ni. Rugi wei!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×