Sejuk hati ibu mengandung apabila anak yang ditatang sejak kecil kini sudah mula pandai membalas jasa dan pengorbanan ibu bapa mereka. Meskipun hadiah bukanlah sesuatu yang diharapkan, namun ia adalah satu usaha yang baik bagi membuktikan jasa mereka kini terbalas.
Lelaki ini pastinya ayah yang paling gembira apabila dikejutkan dengan hadiah berupa sebiji motor oleh anak-anaknya baru-baru ini.
Kesian abah naik lagenda semput
Menerusi perkongsian yang ditulis Amirul Syahmi di laman Twitternya @encik_asaa, dia bersama adik-beradiknya yang lain berniat untuk menghadiahkan sebiji motor kepada ayahnya kerana kesian motor yang digunakan sebelum ini sudah lama dan mulai semput.
Katanya, pemberian itu diharapkan mampu memudahkan ayahnya yang setiap hari berulang-alik dari Sungai Buloh ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki buat mereka sekeluarga.
Ayah menangis, terharu dengan usaha anak-anak
Kesian tgok abah setiap hari ulang alik dari sg buloh ke kuala lumpur naik lagenda semput tahap siput? Terimalah hadiah tak seberapa daripada anak2 mu ini ? Asyik meragam je moto tapi tak pernah mengadu kt anak. Moga dengan moto ni dapat memudahkan abah cari rezeki utk kami ? pic.twitter.com/zxfhMXUaTb
— Amirul Syahmi (@encik_asaa) August 13, 2019
Menerusi video yang dikongsikan lelaki itu, jelas kelihatan ayahnya menangis kerana terharu dengan kejutan yang diberikan anak-anaknya.
Minta maaf sebab tak dapat belikan BMW, Mercedes
Dalam perkongsiannya itu, dia turut meminta maaf kepada ayahnya kerana sekadar mampu menghadiahkan sebiji motor dan bukannya sebuah kereta BMW atau Mercedes.
InsyaAllah kalau ada duit nanti memang kitaorang akan bagi one fine day.
Berlakon hilangkan motor ayah
Cerita Amirul, rancangannya itu sudah dimulakan sejak dua bulan lepas bersama adik-beradiknya yang lain.
Katanya, bagi memastikan rancangan mereka berjaya, dia dan adiknya ‘terpaksa’ meghilangkan motor yang digunakan ayahnya pada malam sebelum kejutan itu dibuat.
Perkongsian Amirul itu rata-rata mendapat pujian netizen kerana telah berjaya menggembirakan hati kedua orang tuanya.
Sumber: Twitter @encik_asaa