Kepada sesiapa yang mengikuti perkembangan sukan tinju, sudah pasti anda mengenali fighter yang terkenal ini iaitu Conor Anthony McGregor. McGregor yang juga merupakan bintang Ultimate Fighthing Championship (UFC) ini tidak lekang dari mencetuskan kontroversi.
Jika sebelum ini, McGregor hangat diperkatakan kerana isunya memecahkan telefon bimbit milik peminatnya dan juga isunya menyerang bas yang dinaiki atlet seni bela diri pada tahun lepas. Tapi kali ini lebih mengejutkan!
Kerana pelawaan McGregor ditolak…
Kini satu lagi kontreversi yang menjadi buah mulut orang ramai apabila satu video berdurasi 01.24 saat yang sempat dirakam kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan McGregor menumbuk seorang warga emas telah tular di media sosial.
Menerusi TMZ, kejadian itu berlaku di salah sebuah pub di Dublin dan kelihatan McGregor berang dengan tindakan lelaki tersebut yang enggan meminum wiski yang dipelawanya. Tindakan tersebut menyebabkan McGregor menyerang dan menumbuk lelaki itu berkali-kali sebelum ditenangkan oleh beberapa pelanggan yang berada di situ. Minuman keras tersebut juga merupakan minuman keras keluaran syarikat milik McGregor.
Dia perlu dihumban ke penjara…
Khabib Nurmagomedov, juara lightweigh mengutuk tindakan McGregor dan mahu musuh tradisinya itu dihumban ke penjara kerana tindakannya.
Dia perlu dihumban ke penjara kerana tindakannya yang tidak hormat, tiada kelas dan memalukan.
Tindakan ini buruk untuk sukan. Ada perkara dia lakukan baik untuk sukan tetapi kali ini dia seperti sudah hilang akal. Ia tidak masuk akal.
Pada pandangan saya kerajaan perlu ‘ajar’ dia kerana saya betul-betul marah..saya tidak faham kenapa dia boleh tergamak untuk tumbuk orang tua. Mungkin hari ini dia tumbuk orang tua, tapi esok apa pula akan jadi?
McGregor juga bakal didakwa atas tindakannya tersebut.
Sumber: TMZ