

Sebanyak 150 kes positif Covid-19 baru dilaporkan, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu sidang media pada petang Sabtu.
150 kes baru
Dengan pertambahan 150 kes itu, menjadikan kes keseluruhan sebanyak 3483 kes. 80 kes berkaitan dengan perhimpunan di Sri Petaling. 99 pesakit kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU).
4 kes kematian dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) iaitu:
- Wanita warganegara Malaysia, 85 tahun, ada latar belakang penyakit jantung, meninggal 28 Mac.
- Wanita warganegara Malaysia, 66 tahun, ada latar belakang darah tinggi, meninggal 3 April.
- Lelaki warganegara Malaysia, 56 tahun, ada latar belakang penyakit jantung, mempunyai kontak rapat dengan kes sebelum ini, meninggal 3 April.
- Lelaki warganegara Malaysia, 61 tahun, ada latar belakang penyakit kencing manis, meninggal pada 3 April.
Kementerian Kesihatan Malaysia mengucapkan takziah buat keluarga mangsa.
Sumber: Dr Noor Hisham Abdullah





![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kena Jadi Baik & Ramah Sebab Mereka Datang Dari Jauh’ – Syed Saddiq Nasihat Ayden Santuni Masyarakat](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2675.jpeg)
![[VIDEO] Syed Saddiq Dedah Hati Mula Berpaut Pada Bella Astillah Ketika Di Sabah – ‘Saya Nampak Sisi Dia Yang Berbeza’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2674.jpeg)