

Malang tidak berbau. Itulah ungkapan yang sesuai menggambarkan nasib seorang kanak-kanak tujuh tahun apabila dia menemui ajal selepas terjatuh ketika mahu mencuci kaki di tebing Sungai Terengganu dekat Pulau Duyong, Terengganu, semalam.
Menerusi laporan Harian Metro, terdahulu mangsa, Mohammad Aiman Alfian Abdullah dipercayai sedang bermain bola di kawasan berpasir berhampiran sungai berkenaan bersama rakannya kira-kira jam 6:30 petang.
Tergelincir ke dalam sungai

Namun, kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa bersama dua lagi rakannya dikatakan pergi ke tepi sungai untuk membasuh kaki selepas mereka selesai bermain bola sebelum kanak-kanak itu tergelincir dan jatuh ke dalam sungai.
Sebaik melihat situasi itu, rakan mangsa yang ketika itu turut berada di situ bertindak ke rumah keluarga mangsa yang terletak hanya kira-kira 400 meter dari tempat kejadian bagi memaklumkan kepada ibu mangsa.
Beri rawatan kecemasan

Sementara itu, saksi, Asuwadi Alias berkata ketika kejadian dia dalam perjalanan ke kedai kopi untuk minum petang sebelum ternampak orang ramai berada di tepi sungai.
Katanya ketika itu, mangsa sudah dibawa naik ke darat dan dia kemudiannya segera berusaha memberi rawatan kecemasan sementara menunggu ketibaan ambulans.
Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika dirawat di wad kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Sumber: Harian Metro, Berita Harian






![[VIDEO] ‘Janji Tak Nak Kahwin Akhirnya Tewas Dengan Kapten’ – Ibu Sangka Hasrat Dr Fie Kembali Jadi Isteri Hanya Gurauan](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2846.jpeg)
![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)