Silaturahim antara seseorang perlu dijaga dengan baik agar hidup sentiasa dirahmati. Jangan sesekali bermusuhan dengan seseorang. Bak kata pepatah ‘kawan biar seribu, musuh jangan sekali’. Sebagai seorang kawan yang baik, sikap tolong menolong sewaktu seseorang itu dalam kesusahan amat diperlukan.
Menerusi Twitter Azizul Hafizi menyaksikan dia memberi hadiah sebuah telefon bimbit kepada rakannya. Reaksi rakannya yang begitu terharu kerana mendapat hadiah yang sungguh berharga dari seorang kawan baik. Semoga hubungan mereka kekal sepanjang hayat.
Paling best tebgok sahabat gembira
ak baru siap packing barang naik bas woi dh rmai yg rt (sambungan) lpas dapat brg, makan dlu yg penting ? pic.twitter.com/fJqeyb8KjG
— Azizul Hafizi (@i_am_zizull) August 29, 2019
Video tersebut memaparkan Azizul sedang menyuruh rakannya untuk mengambil beg laptop di dalam kereta. Namun apabila rakannya pergi ke kereta, beg laptop tiada, yang ada hanyalah beg kertas berisi telefon bimbit. Apa yang mengejutkan adalah Azizul memberitahu bahawa telefon bimbit yang baru itu untuk dirinya.
Azizul berniat untuk membelikan telefon bimbit baru kepada rakannya kerana telefon bimbit rakannya itu sudah terlalu lama sehingga paparan skrin tidak begitu jelas untuk digunakan.
Jauhkan sikap negatif
Dia menyatakan bahawa benda baik perlu dikongsi. Tinggalkan sikap negatif dalam hubungan persahabatan agar hubungan terjalin berkekalan.
Nasib ada mamat ni
Netizen turut terharu
Sumber: Azizul Hafizi