Sejak beberapa hari ini kecoh di media sosial mengenai keretakan rumah tangga pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad dan pasangannya, Noor Nabila. Isu ini sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila Nabila mengeluarkan statement bahawa mereka tidak tinggal sebumbung sejak Februari tahun lalu.
Terbaru, Sharnaaz Ahmad membuka mulut dan meminta supaya Nabila tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.
Demi anak, tolong hentikan semua ini
Menerusi Harian Metro, Sharnaaz meminta agar isterinya bersikap lebih matang dengan tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan lagi berkaitan isu penceraian mereka kerana dikhuatiri akan memberi kesan kepada anak mereka yang masih kecil itu.
Saya tidak mahu isu ini berpanjangan dan biarlah mahkamah menentukan. Apabila kes (proses penceraian) dibawa di mahkamah, biar semua orang tahu siapa yang memulakannya (mahu bercerai).
Demi anak, tolong hentikan semua ini. Sejak awal saya beritahu jangan jadikan kes ini kecoh.
Hari ini mungkin Jebat tidak tahu membaca, selepas lima atau enam tahun dia akan tahu dan bertanya di mana ibu dan bapanya.
Biar lah peguam buat kerja mereka
Berita Harian juga turut melaporkan Sharnaaz enggan mengulas tentang kenyataan yang dikeluarkan oleh Nabila kerana tidak mahu mana-mana pihak terguris hati dengan kenyataannya.
Saya tidak mahu mengeruhkan keadaan dengan memberikan sebarang komen. Saya tak rela melihat ada hati yang terguris jika saya tersalah cakap.
Seperti saya katakan sebelum ini, lebih banyak ulasan diberikan, lagi panjang cerita ini akan berlarutan.
Tambah Sharnaaz lagi, dia lebih selesa menyerahkan segala proses ini kepada pihak mahkamah.
Biarlah peguam melakukan kerja mereka dengan sebaik-baiknya.
Sumber: Berita Harian, Harian Metro