
![]()
Beberapa hari lalu viral satu video seorang kanak-kanak petah berbahasa Arab melayan pelancong sambil memberi makan ikan pari. Kepetahan Faris Izhar Mat Jusoh itu mendapat pujian netizen yang kagum dengan kebolehannya berkomunikasi dalam bahasa itu.
Faris mendedahkan kepada Sinar Harian bagaimana dia boleh menguasai bahasa berkenaan dengan fasih.
Ambil masa setahun
![]()
Faris yang juga pelajar tingkatan 2 Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hangat, Langkawi berkata, dia mengambil masa sebelum benar-benar fasih.
Saya ambil masa setahun untuk betul-betul fasih. Bukan mudah nak fasih. Macam saya, saya tengok macam mana orang Arab bercakap.
Sebelum tahu bahasa Arab, saya hafal dan cakap dalam bahasa Inggeris dulu. Setiap kali bercakap dengan pelancong, dan bagi ikan makan, saya akan cakap dalam Bahasa Inggeris.
Selepas tu barulah saya cuba belajar cakap bahasa Arab. Memanglah susah, tapi kalau dah minat semua tu akan jadi mudah.
Kerja bantu keluarga
![]()
Faris yang bekerja secara sambilan di Fish Farm, di pulau peranginan itu selepas waktu sekolah juga berazam untuk menguasai lebih banyak bahasa di masa depan. Dia bekerja untuk menyara kehidupan setelah kehilangan ayahnya.
Saya ‘kerja buat show, show tunjuk ikan’ di Fish Farm. Bermula hari Ahad sehingga hari Khamis. Selepas habis sekolah saya akan ke Fish Farm, mula pukul 2.00 petang hinggalah 6.30 petang.
Keluarga tahu saya bekerja, lagipun hobi saya adalah bantu keluarga. Ayah saya dah meninggal, emak pula tak kerja. Tiada masalah, tidak ganggu masa saya di sekolah pun.
Sumber: GPS Bestari
![[VIDEO] Nyanyian Negaraku Siti Nurhaliza Di MotoGP Sepang Buat Ramai Terpegun](https://media.says.com/2026/11/ctspci-scaled.jpg)




![[VIDEO] ‘Janji Tak Nak Kahwin Akhirnya Tewas Dengan Kapten’ – Ibu Sangka Hasrat Dr Fie Kembali Jadi Isteri Hanya Gurauan](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2846.jpeg)
![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kena Jadi Baik & Ramah Sebab Mereka Datang Dari Jauh’ – Syed Saddiq Nasihat Ayden Santuni Masyarakat](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2675.jpeg)