Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucapannya berulang kali menyeru agar rakyat Malaysia mencontohi kerajinan pekerja di negara Jepun. Malah, rakyat Jepun turut memegang falsafah ‘semakin lama bekerja, semakin rajin seseorang’ sehingga menyebabkan mereka melakukan over time (OT).
Namun, sifat kerajinan setiap pekerja di Jepun ini terpaksa dibekukan apabila Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe memperkenalkan Premium Fridays untuk rakyatnya mengimbangkan gaya hidup selepas ramai rakyat Jepun ‘Karoshi’ sekitar 2010 hingga 2015.
Orang Jepun jarang ambil cuti
Karoshi, kematian di tempat kerja
Kematian dianggap sebagai norma
Inisiatif Premium Fridays
Keseimbangan hidup dan kerja
Premium Fridays
Premium Friday merupakan sebuah kempen bagi mempromosikan perbelanjaan rakyat yang disokong oleh kerajaan Jepun dan bagi memperbaiki gaya hidup rakyat. Selain itu, kempen ini turut mengesyorkan untuk semua pekerja menamatkan tugasan mereka pada jam 15:00.
Malah, kempen ini telah dilaksanakan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe pada 24 Februari 2017. Pada hari Jumaat terakhir di setiap bulan, rakyat digalakkan untuk keluar membeli-belah atau bercuti selepas menerima gaji.
Sumber: Mohd Kautharr, The Japan Times