Mempunyai rupa paras yang cantik seperti ibunya, Marissa Dania Hakim sebelum ini pernah menjadi tumpuan netizen. Semalam, Marissa sekali lagi mendapat pujian kerana berjaya menerima anugerah Hafalan Qasidah Burdah Al-Busiri di Majlis Konvokesyen Al-Quran, Hadith & Turath As-Sofa 2018.
Menerusi laman Instagram, Norman Hakim meluahkan rasa bangga dan teruja dengan anugerah yang diperolehi anaknya itu. Malah difahamkan, anaknya juga merupakan pelajar perempuan pertama berjaya menghafal 160 bait dalam tempoh empat hari.
A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on Nov 20, 2018 at 12:31am PST
‘Seorang bapa & ibu yang berjaya’
Di ruangan komen, ramai yang tumpang gembira dan kagum dengan pencapaian Marissa. Mereka turut memuji cara didikan yang diberikan Norman Hakim dan Abby Abadi.