Sebagai perempuan, korang mesti ada masanya rasa macam takde baju nak pakai walaupun almari tu dah penuh. Antara faktornya adalah kebanyakan pakaian korang warnanya makin pudar dan nampak kusam. Ini jugak buatkan korang rasa asyik nak beli baju baru je, betul tak?
Haa.. Sis Katy ada beberapa tips yang korang boleh cuba kalau nak pakaian tetap cantik dan tak luntur. Boleh la jimat duit daripada asyik beli baju baru je kan!
1. Baca Label Pada Baju
Setiap pakaian ada cara cucian dan penjagaan yang tersendiri. Setiap pakaian tak guna fabrik dan pewarna yang sama. Sebab tu, penting korang baca label pada baju dan cuci mengikut indikasi yang dah disarankan. Barulah pakaian korang maintain elok!
2. Balikkan Baju Sebelum Cuci
Ini benda wajib Sis Katy buat bila nak cuci baju. Sebelum nak masuk dalam mesin basuh make sure korang terbalikkan dulu baju, jadikan bahagian luar berada di dalam. Nampak macam mengarut sikit kan? Tapi, menjadi tau! Baju lambat sangat nak luntur warna.
3. Jangan Campur Aduk Pakaian Putih, Cerah & Gelap Dalam 1 Cucian
Ini basic knowledge ye! Pastikan korang asingkan cucian mengikut warna. Putih dengan putih, cerah dengan cerah dan gelap dengan gelap. Cara ni dapat kekalkan warna pakaian sebab warna yang turun ketika dalam mesin basuh akan terserap dengan baju yang ada dalam tu.
4. Jangan Penuhkan Mesin Basuh
Kalau ye pun nak jimat air dan elektrik jangan la sampai penuh mesih basuh tu baru nak cuci. Washing machine nak pusing pun susah tau! Ini jugak penting untuk kekalkan warna pada pakaian korang. Korang ikut je rules asingkan mengikut warna baju tadi. Takdelah penuh sangat.
5. Cuci Dengan Air Sejuk
Beberapa jenis fabrik pakaian yang diperbuat dari bahan tertentu memang disarankan untuk cuci menggunakan air panas. Tapi, kalau nak jaga kualiti warna baju korang dari cepat luntur, seeloknya gunakan air sejuk sebab air sejuk mampu untuk kekalkan warna baju.
6. Teknik Menjemur
Selain teknik mencuci, teknik menjemur pun mempengaruhi warna pada pakaian korang tau. Mengikut eksperimen yang Sis Katy buat, elakkan jemur pakaian korang terus di bawah terik matahari terlalu lama. Selain buatkan pakaian korang berbau dan keras kejong, ia boleh memudarkan warna asal baju korang.
Harapnya lepas ni korang dah takde heboh nak beli baju baru. Tapi, Sis Katy yakin even dah buat semua tips ni korang tetap nak shopping baju baru kan? Alasan, takda baju nak pakai! Samalah macam Sis Katy.
Apa pun korang jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Kini Trendy By Ohbulan dan Instagram @kinitrendy untuk mengikuti perkembangan terkini tentang makeup, fashion dan lifestyle wanita!