Dunia hiburan dikejutkan dengan kematian tragik bintang Kpop, Sulli yang dipercayai membunuh diri setelah bertarung dengan kemurungan. Sulli ditemui mati pada Isnin, di sebuah rumah di Seongnam, Korea Selatan oleh pengurusnya.
Lain pula ceritanya dengan pendatang baru, Haneesya Hanee apabila status Twitternya diselar oleh pengguna laman sosial itu kerana seperti meraih simpati menggunakan kematian Sulli.
Umum uninstall Twitter
Haneesya menerusi Twitternya mengumumkan mahu uninstall dari laman sosial itu pada malam Isnin. Namun penggunaan ayat yang lebih kurang sama dengan ayat akhir Sulli membuatkan netizen menyelar tindakannya itu.
Maafkan saya kerana saya bukan orang yang baik. Saya betul-betul tak tahu apa yang saya buat hingga sebabkan awak cakap bukan-bukan tentang saya. Maaf, saya tak sempurna. Saya tak boleh dah. Akan uninstall Twitter sekarang. Terima kasih semuanya.
Luahan akhir Sulli di Instagram
https://www.youtube.com/watch?v=YmxPr0LwSBc&feature=youtu.be
Lukakan peminat yang perlu hadapi
Bukan caranya
Turut terima kata-kata positif
Sumber: Haneesya Hanee