
![]()
Semalam, Anugerah Oscar ke-90 bagi tahun 2018 baru saja melabuhkan tirai dengan menawarkan 20 anugerah. Acara ini diadakan di Dolby Theatre, Los Angeles. Majlis gilang-gemilang diacarakan oleh Jimmy Kimmel sebagai pengacara buat kali kedua.
Berikut merupakan senarai kategori dan pemenang bagi setiap acara. Tahniah kepada semua calon dan pemenang anugerah!
Tahniah!
![]()
Filem The Shape of Water arahan Guillermo del Toro telah mendapat pencalonan sebanyak 13 kategori. Malah filem ini menang besar dengan merangkul 4 anugerah dominan termasuk Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik.
Pelakon terbaik
![]()
Frances McDolmand telah merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Three Billboards Outside Ebbing, Missouri. Manakala, Gary Oldman memenangi trofi Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Darkest Hour.
Pembantu terbaik
![]()
Sam Rockwell memenangi Pelakon Pembantu Filem Terbaik menerusi Three Billboards Outside Ebbing, Missouri dan ini adalah kemenangan pertama di Oscar.
Lagu terbaik
![]()
Coco berjaya merangkul 2 anugerah termasuk Filem Animasi Terbaik dan Skor Lagu Original Terbaik. Lagu tersebut berjudul “Remember Me” nyanyian Kristen Anderson-Lopez dan Robert Lopez.
Filem bahasa asing
![]()
Turut memperlihatkan filem Bahasa Asing Terbaik dimenangi A Fantastic Woman dari negara Chile yang diarahkan oleh Sebastian Lelio.
Rekaan busana terbaik
![]()
Mark Bridges berjaya membawa pulang anugerah Rekaan Busana Terbaik menerusi filem Phantom Thread.
Keala menguasai pentas
Antara persembahan yang telah memeriahkan Oscar 2018 termasuk Keala Settle, Natalia LaFourcade, Miguel dan Gael García Bernal.
Karpet merah
![]()
Antara selebriti yang hadir meraikan majlis tersebut.
![]()
Tahniah kami ucapkan untuk semua barisan pemenang dan calon top 5 setiap kategori pada malam Oscars 2018.
Credit: CBS News





![[VIDEO] ‘Kami Tak Berdendam Dengan Ibu Kandung Arwah’ – Abang Angkat Amir Qusyairi](https://asset.ohbulan.com/2026/08/amir-1.jpg)

![[VIDEO] Kastam Indonesia Kongsi Rakaman CCTV Penahanan Juruterbang Malaysia Didakwa Seludup Dadah, Sebotol Urin Turut Dirampas](https://asset.ohbulan.com/2026/08/juruterbang2.png)
