Gara-gara kelancangan sesetengah netizen di ruangan komen, pelakon Rita Rudaini membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang. Komen yang mempersoal status anaknya itu dikatakan mempunyai niat jahat dan bersifat fitnah.
Tidak berhenti di situ, ibu dua anak ini masih menerima komen berkenaan isu tersebut sehingga membuat Rita mengamuk!
Ajak kupas bersama
Pengguna Facebook Hafiidz Ahmad Mustaffa menghantar komen mendakwa isu taraf anak Rita sudah dibangkit suatu ketika dulu. Rita kemudiannya ‘menjemput’ netizen berkenaan untuk mengupas isu tersebut sama ada di balai polis ataupun mahkamah.
Sedia ‘melepak’ dengan Rita
Ujarnya lagi, perkara itu tidak terjadi kepada keluarga sendiri dan Rita sendiri tidak menyangka wujud lelaki sedemikian rupa di zaman sekarang.
Tak jadi dekat adik perempuan, kakak, mak, diri sendiri kencang la cakap tak sangka ye zaman sekarang ada jugak lelaki mulut mcm perempuan cakap macam kat dunia ni takde tuhan orang takde iman hmmm anak sape la ni. Suami sape la ni. Abang sapekah ini?
Akhlak bermula dari kecik dan dari rumah. Kau ingat artis ni memang bahan untuk orang gila macam korang lepas geram ke? So artis ni korang boleh komen dan kata suka hati? Helloo jantan-jantan kt atas ni kalau kau tak reti nak hormat perempuan lain maknanya, kau tak hormat mak kau sendiri.
Sumber: Rita Rudaini