Setiap kali tibanya musim konvokesyen, para pelajar yang telah menamatkan pengajian akan menerima sejambak bunga mahupun hadiah khas daripada insan tersayang. Pemberian tersebut seolah-olah tanda penghargaan buat mereka selepas berjaya mengharungi cabaran dan dugaan sebagai seorang pelajar.
Menerusi Twitter Ameeroul Myrol, lelaki ini berkongsi video kegigihan rakannya yang sedang melakukan bunga origami untuk dihadiahkan kepada teman istimewa sempena majlis tersebut. Siapa sangka pelajar lelaki ini mempunyai bakat kreatif dalam menggubah bunga. So sweet!
Hargai effort lelaki okay
roommate kitorang punya sweet on another level. girls, hargai effort lelaki okay?
— – (@ameeroulmyrol) October 19, 2019
Menerusi video berdurasi 0:45 saat dan foto yang dikongsikan, Ameeroul memberitahu bahawa usaha rakannya itu sangat mahal. Hanya satu dalam 80 juta orang yang sanggup gubah sendiri bunga buat teman istimewanya. Tambahnya, rakannya itu layak digelar ‘boyfriend of the year’.
Pada masa yang sama, netizen turut berkongsi pengorbanan dan kegigihan pasangan mereka. Menurut netizen, teman istimewa lelaki tersebut perlu menghargai usaha yang telah dilakukan dan sentiasa bersama dengan lelaki itu.
My girl did the same
Sumber: Ameeroul Myrol