![]()
Halloween merupakan suatu perayaan yang cukup meriah di negara-negara Barat. Jarang kita melihatnya disambut di Malaysia, khususnya oleh mereka beragama Islam, dan jika ada pun, ia tidak dihebohkan dan kebiasaannya dilakukan secara tertutup. Namun, lain pula ceritanya dengan pelakon Rita Rudaini.
Gara-gara memuat naik rangkaian foto bertemakan Halloween di Instagram, pelakon siri ‘Rozana’ itu dikecam netizen yang berasa kurang selesa dengan tindakannya yang seolah cuba menghalalkan apa yang dikatakan ‘haram’.
Dikecam tidak melambangkan Islam
![]()
![]()
Menerusi perkongsian Rita, beliau dilihat ‘teruja’ menyambut perayaan tersebut bersama anak-anaknya sambil menghiasi rumah dengan labu-labu yang diukir dengan wajah yang menyeramkan.
Selain itu, bagi membangkitkan lagi suasana Halloween, Rita turut berkongsi foto anaknya, Arjuna yang tampil seram sebagai drakula si penghisap darah. Tindakan Rita itu sedikit sebanyak telah membawa kepada rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen yang berpendapat beliau seolah ‘mempersendakan’ agama Islam.
![]()
Disindir suruh pasang ‘salib’
![]()
Walau bagaimanpun, komen yang tidak menyenangkan itu telah mendapat perhatian Rita yang telah membalasnya secara sinis.
Respon Rita
![]()
Walaupun dikecam hebat, namun masih ada dalam kalangan netizen yang mempertahankan serta menyokong pelakon tersebut.
![]()
![]()
Sumber: Rita Rudaini





![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kena Jadi Baik & Ramah Sebab Mereka Datang Dari Jauh’ – Syed Saddiq Nasihat Ayden Santuni Masyarakat](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2675.jpeg)
![[VIDEO] Syed Saddiq Dedah Hati Mula Berpaut Pada Bella Astillah Ketika Di Sabah – ‘Saya Nampak Sisi Dia Yang Berbeza’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2674.jpeg)