Kehangatan malam gilang-gemilang Anugerah Skrin (ASK) 2019 makin dirasai. Berbaki sehari sahaja lagi untuk ditayangkan, anugerah ini pastinya akan membuatkan para penonton dan penggiat seni tanah air berdebar dan ternanti-nanti siapakah para pemenangnya nanti .
Sebelum ditayangkan secara langsung esok, jom kita tengok dulu apakah yang menariknya ASK pada kali ini!
Konsep tanpa pengacara
https://www.facebook.com/TV3MALAYSIA/videos/402345673793712/?t=1
Untuk ASK2019, acara ini masih mengekalkan konsep tanpa pengacara seperti tahun lalu. Bagaimanapun, peminat tidak perlu gusar kerana ia pastinya akan digantikan dengan beberapa pasangan selebriti popular yang lain bagi menyerikan acara tersebut.
Antara selebriti yang bakal membuat penampilan adalah Elly Mazlein bersama Shuk Sahar, Zizan Razak dan Nabila Huda, Rozita Che Wan dan Zain Saidin, Siti Sarah dan Shuib, Shaheizy Sam dan Syatila Melvin serta Eira Syazira dan Azad Jasmin.
Buka ruang kepada penyiar lain
Apa yang menariknya kali ini, ASK2019 yang diketahui bernaung di bawah Media Prima Berhad kini turut membuka ruang kepada beberapa stesen penyiaran televisyen lain seperti RTM, Astro Shaw dan Bernama untuk menyertai acara berprestij itu.
Untuk makluman juga, pada malam esok sebanyak 23 kategori bakal dipertandingkan manakala pengumuman barisan pemenang untuk tujuh kategori yang lain telah disiarkan dalam program Melodi TV3 pada 27 Oktober lalu.
Persembahan artis
Seperti seperti tahun-tahun sebelumnya, ASK kali ini juga bakal menampilkan beberapa orang artis popular bagi membuat persembahan selingan.
Antaranya adalah Dato Jamal Abdillah dan Sissy Imann, Syamel dan Erni Zakrie, Hael Hussaini dan Dayang Nurfaizah, Ayda Jebat dan Santesh serta ramai lagi artis tanah air.
Selain persembahan nyanyian, terdapat juga pertunjukan silat mata oleh The MADgicians, tarian oleh Zeppo Youngster Crew by Boojae, sketsa komedi oleh Ebby Yus, Issey dan Zizi Kirana serta penampilan Andi Bernadee