Baru-baru ini, Menteri Sumber Manusia M. Kulasegaran memaklumkan terdapat lebih 600,000 peluang pekerjaan sedia ada dalam pelbagai bidang yang tidak diisi kerana kurang mendapat sambutan khususnya dalam kalangan golongan muda. Susulan itu, Timbalan Ketua Pengarah Pengajian Tinggi, Prof Dr Mohd Cairul Iqbal Mohd Amin berkata kekosongan dalam angka yang besar itu berlaku kerana graduan terlalu memilih pekerjaan selain daripada universiti menawarkan ijazah yang tidak diperlukan industri .
Tidak hanya berdiam diri, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kemudiannya memberi respon terhadap kenyataan yang dibuat itu yang secara tidak langsung mempertahankan golongan muda .
Cari penyebab
Dari cepat menunding jari cari kesalahan,
Sepatutnya kita memahami MENGAPA mereka tidak menerima pekerjaan tersebut.Anak muda Malaysia berjiwa kental. Sampai sanggup berkerja secara haram di Australia & Korea demi keluarga.
Understand us, don’t keep on blaming! https://t.co/zH6iqcY1fa
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) November 7, 2019
Menerusi respon yang dibuat di laman Twitternya, Syed Saddiq berkata kerajaan sepatutnya lebih memahami alasan golongan muda ini tidak menerima pekerjaan tersebut dan bukannya dengan hanya menuding jari.
Malah katanya, golongan muda sebenarnya mempunyai sikap yang sangat kental lebih-lebih lagi dengan kesanggupan mereka bekerja secara haram di negara seperti Korea dan Australia semata-mata untuk membantu keluarga.
Respon netizen
Respon yang diberikan Syed Saddiq itu ternyata telah mengundang pelbagaI reaksi daripada netizen. Malah sesetengah netizen juga turut memberikan sebab mengapa graduan tidak mengisi kekosongan seperti yang dinyatakan itu.
Sumber: Twitter Syed Saddiq, Berita Harian, Astro Awani