Sidang Dewan Rakyat pagi ini kecoh apabila terpaksa ditangguhkan selama 10 minit. Hal ini berikutan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Eddin Syazlee Shith dilaporkan pitam ketika sesi soal jawab lisan yang sedang berlangsung.
Dewan tangguh 10 minit
Eddin dikatakan mengalami sesak nafas. Beliau dibawa ke IJN untuk rawatan dan pemeriksaan lanjut @501Awani pic.twitter.com/MCyHYOQZre
— Harits Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) November 11, 2019
Video tersebut memaparkan Eddin Syazlee diusung keluar dari dewan selepas pitam di dalam dewan. Menurut Awani, kejadian berlaku pada jam 10.30 pagi ketika sesi menjawab soalan lisan kedua oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.
Mengalami sesak nafas
Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon menangguhkan sidang selama 10 minit dan mengarahkan pasukan perubatan memberi bantuan kecemasan.
Beliau juga mempunyai rekod masalah jantung. Kita rujuk ke Institut Jantung Negara untuk pemeriksaan lanjut.
Menurut Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii Lee Wuen yang juga merupakan doktor perubatan, Eddin dikatakan mengalami sesak nafas.