![]()
Anda peminat kopi tegar? Tak sah kalau sehari tak dapat minum kopi? Nak beli topi kat cafe semua mahal gila? Takpe kedai Coffee King ni mungkin akan membantu masalah anda.
Dengar cerita kedai Coffee King merupakan kopi kegemaran orang Ipoh. Ada yang jauh dari Kuala Lumpur dan sampai sanggup berpanas semata-mata nak minum air istimewa Coffee King. Tapi apa yang istimewa pasal Coffee King ni ye? Hmm..
1) Perniagaan anak muda
![]()
Perniagaan Coffee King ini dilakukan oleh anak muda yang bernama Mohd Syafiq. Wahh muda-muda dah ada perniagaan sendiri. Laris pula tu!
2) Size yang besar dan harga sangat berbaloi
![]()
Kalau korang nak tahu, harga bagi Coffee King hanya RM5.00 sahaja. Murah gila kan? Dan yang paling best sekali anda boleh dapat harga semurah tu dengan saiz cawan yang besar. Berbaloi habis beb!
3) Banyak perisa yang menarik
![]()
![]()
Dah la harga murah lepas tu anda boleh perisa yang anda nak. Mengikut kepada owner Coffee King, perisa yang menjadi pilihan orang ramai ialah Cocoa, Green tea dan Coffee. Ehemm macam sedap je Ice Green Tea. Nyum!
4) Rupa bentuk coffee yang unik
![]()
Siapa yang tak meleleh tengok rupa coffee macam tu? Aduhhh mengidam nak minum Coffee King la pula.. Haihh
5) Mak aihh panjang nya beratur
![]()
![]()
Mak aihh.. korang tengok la sendiri berapa punya ramai orang yang beratur semata-mata untuk coffee ni je. Fuhh power!
5) Ada 2 cawangan
![]()
![]()
Coffee King juga membuka dua cawangan iaitu di Meruraya berhampiran Restoran Mecca Towers dan juga di Taman Cempaka.
Sumber foto: Perak Today & MohdZarin.com








