Umum mengetahui bahawa anak kedua pasangan Lana Nodin dan David Mckienzie iaitu William Daud Mckienzie, menghidapi masalah jantung sejak dilahirkan dan terpaksa menjalani pembedahan pada Februari lalu bagi membetulkan injap jantungnya.
Menerusi Instagram Lana, dia meluahkan rasa syukur dapat menyambut ulang tahun pertama bersama anak lelakinya itu. Tambahnya, anaknya kini berada dalam keadaan yang sihat. Di sini, kami kongsikan beberapa foto di sekitar majlis sambutan ulang tahun kelahiran anak Lana Nodin. Comelnya!
Happy birthday
Comelnya!
Bersama keluarga dan tetamu yang hadir
Ujian yang sangat hebat
https://www.instagram.com/p/B5K4_PKBy_e/
Menurut Lana, dia bersyukur Allah memberikan nikmat buat dirinya dan suami untuk menyambut ulang tahun pertama anak mereka. Walaupun pernah diuji dengan dugaan yang hebat, Lana memberitahu bahawa Alla menganugerahkan cahaya mata yang hebat buat dirinya. Sempena ulang tahun pertama ini, Lana berharap William Daud Mckienzie atau lebih dikenali sebagai Billy, menjadi anak yang soleh dan beriman.
Sumber: Lana Nodin