berita

Dah Tak Macam Dulu, Ini Antara Pembaharuan Yang Diperkenalkan Kedai Mesra PETRONAS. Hebat!

December 5th, 2019 | by Epul
Sponsored Post

Korang semua mesti tau Kedai Mesra kat PETRONAS kan? Ala, hentian kalau korang nak topup Touch ‘n’ Go dan beli makanan atau minuman kalau tiba-tiba lapar atas jalan tu… Untuk pengetahuan korang, baru-baru ini Kedai Mesra telah dikemaskini supaya dapat memberikan pengalaman mudah dan lancar buat pelanggannya.

Apa antara yang dikemaskini tu? Haa, kalau korang tengok Melodi pada 24 November lalu di TV3, Ketua Pegawai Operasi, PETRONAS Dagangan Berhad, Aadrin Azly ada berkongsi beberapa pembaharuan dan servis baharu yang diperkenalkan di Kedai Mesra PETRONAS.

Kalau korang terlepas, tak apa. Meh admin share sikit apa yang dikongsikan Aadrin sebab admin ada kat sana masa sesi rakaman Melodi di PETRONAS Jalan Kolam Air Lama, Ampang haritu!

Buka 300 cawangan Tealive & sudut Makan @ Mesra

Aadrin (kiri) bersama hos Melodi, Awal Ashaari

Macam yang korang tahu, rakyat Malaysia memang suka makan. Sebab tu PETRONAS wujudkan sudut Makan @ Mesra yang menyediakan pelbagai pilihan makanan popular Malaysia seperti nasi lemak, nasi goreng, pasta, satay, chicken chop, ramen Korea dan makanan ringan seperti kuih tempatan, karipap serta sandwich.

Jadi, buat korang yang nak tunggu kesesakan lalu lintas reda atau tergesa-gesa untuk ke tempat kerja atau mesyuarat, boleh dapatkan food-to-go di sudut Makan @ Mesra ni ketika mengisi minyak. Malah, bukan tu je, PETRONAS turut berhasrat untuk membuka lebih banyak kiosk Tealive dalam Kedai Mesra buat pencinta bubble tea!

“Setakat ini, kami mempunyai kira-kira 76 Kedai Mesra yang menawarkan minuman Tealive. Dalam masa 3 tahun, kami merancang untuk mempunyai 300 cawangan Tealive di Kedai Mesra seluruh negara,” kata Aadrin.

Diskaun istimewa untuk barangan eksklusif PETRONAS

Selain daripada makanan dan minuman, korang juga boleh dapatkan produk atau barangan eksklusif PETRONAS yang popular kalangan peminatnya. Pelbagai produk dengan rekaan menarik termasuklah baju-T, bekas minuman, payung, gelang tangan dan cermin mata hitam boleh didapati di Kedai Mesra pada harga berpatutan.

Malah, kata Aadrin, tak lama lagi PETRONAS akan mengeluarkan rekaan baju-T eksklusif Kejuaraan Dunia kali ke-6 sempena kemenangan 6 kali berturut-turut Mercedes-AMG PETRONAS Motorsport F1 Team.

“Sempena meraikan kemenangan ini juga, kami akan menawarkan diskaun sebanyak RM6 untuk baju-T eksklusif ini daripada harga asal iaitu RM25. Untuk mendapatkan diskaun tersebut, pelanggan hanya perlu membuat pembelian minyak sekurang-kurangnya RM30 bermula 1 hingga 31 Januari 2020,” katanya.

Tak perlu lagi ke kaunter pembayaran setiap kali nak isi minyak, guna Setel

Jenuh kan tiap kali kita nak isi minyak kena pergi kaunter? Sekarang, tidak lagi kerana PETRONAS memperkenalkan aplikasi mudah alih, Setel. Ia adalah aplikasi e-pembayaran pertama Malaysia untuk pembayaran minyak secara langsung daripada telefon mudah alih. Tak perlu tinggal anak dalam kereta dan beratur dekat kaunter lepasni, jimat masa!

Malah, PETRONAS juga baru menambahbaik aplikasi Setel yang mana korang boleh link kad Mesra supaya dapat menebus mata ganjaran untuk setiap pembayaran minyak menerusi Setel. Korang juga boleh track perbelanjaan minyak dengan mudah selain melihat harga minyak terkini di dalam Setel dan mendapatkan penyata ringkas pembelian minyak bulanan melalui e-mel. Hebatnya!

Rasai kecekapan, kepantasan dan kelancaran dengan minyak baharu PETRONAS

Selain itu, korang juga boleh dapatkan minyak PETRONAS Primax 95 dengan Pro-Drive yang baru dilancarkan awal Januari tahun ini di mana-mana stesen PETRONAS berdekatan. Menurut Aadrin, pihaknya banyak menerima maklum balas positif daripada pelanggan bahawa minyak berkenaan sangat lancar, responsif dan cekap.

Katanya, selepas menganjurkan beberapa siri Experience To Believe dengan pelbagai pemilik kereta berlainan jenama, 90% daripada responden bersetuju ia memberi perbezaan positif dari segi kelancaran, kepantasan gerakbalas dan kecekapakn minyak.

“Kami mengambil masa selama 2 tahun untuk membangunkan formulasi minyak baharu ini untuk memastikan ia memenuhi keperluan pemandu dan enjin kereta. Minyak ini menonjolkan dua pengubah suai geseran (Dual Friction Modifier) pertama dunia, agen pencuci dengan dua detergen (Double Detergent) dan bahan kimia anti-karat, minyak baharu ini menjanjikan pengalaman pemanduan yang lebih lancar, responsif dan cekap,” katanya.

Fuh, macam-macam PETRONAS tawarkan di Kedai Mesra dan stesen minyak mereka sekarang kan? Diharapkan mereka akan menambah pelbagai lagi kemudahan dan servis dari semasa ke semasa supaya pelanggan makin seronok serta selesa setiap kali singgah di PETRONAS.

Tunggu apa lagi? Jom ke stesen PETRONAS berdekatan untuk menikmati pelbagai kemudahan dan servis yang ditawarkan sama ada di stesen minyak atau Kedai Mesra. Hati-hati memandu!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×