Pengakuan penyanyi popular, Camila Cabello, mengenai isu dia mencuri pensel di Istana Kensington baru-baru ini, ternyata mengejutkan netizen dan peminatnya.
Menerusi satu temubual dengan BBC Radio, penyanyi itu memberitahu bahawa dia mencuri pensel tersebut ketika berkunjung ke kediaman istimewa itu. Tambahnya, pensel tersebut dijadikan kenang-kenangan.
I felt like there was this big secret
"I felt like there was this big secret" ?@Camila_Cabello shares her Unpopular Opinion and it's all about pizza ???? pic.twitter.com/K3ygMjNSk0
— BBC Radio 1 (@BBCR1) November 27, 2019
Menerusi video 1:07 saat, Camila meminta maaf kepada putera William dan isterinya Kate, kerana mencuri pensel sewaktu berkunjung ke Istana Kensington. Tambahnya, perkara tersebut membuatkan dia mempelajari sesuatu. Menceritakan semula mengenai insiden berkenaan, dia memberitahu bahawa pensel tersebut dimasukkan ke dalam dompet ibunya. Namun, ibunya mendesak agar dia memulangkan semula pensel itu bagi mengelakkan masalah.
Camila turut berkata bahawa perkara itu merupakan sesuatu yang buruk yang pernah dilakukan oleh dirinya sehingga dia tidak boleh tidur pada waktu malam. Video pengakuan penyanyi lagu Havana itu, mendapat perhatian pihak istana sehingga pelbagai emoji dan komen ditinggalkan untuknya.
So disrespectful in this context
Rata-rata netizen meluahkan kemarahan mereka terhadap penyanyi itu. Tambah netizen, perbuatan itu sangat terkutuk dan seolah-olah penyanyi itu tidak menghormati istana.
Sumber: BBC Radio