Anak kepada usahawan terkenal, Bonda Rozita Ibrahim iaitu Maryam Nur Amani dimasukkan ke hospital apabila mengalami kecederaan di bahagian tangan selepas terkena pisau mesin kisar.

Artikel Berkaitan: Suami Puji Tenaga Dimiliki Bonda Rozita Ibrahim – ‘Umur Tua Tapi Dalaman Awak Sihat’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bonda Rozita Nafi Dakwaan Tak Bayar Kontraktor Rumah Mewah Di London – ‘Saya Tak Pernah Lari’

Luka sebab blender

Kecelekaan itu dikongsi oleh Bonda Rozita menerusi perkongsian di Instagram pada Ahad

Menurut Bonda Rozita, kejadian itu terjadi apabila Maryam dengan tidak sengaja menghidupkan mesin tersebut ketika cuba memasang pisau di dalamnya.

Dia nak buat protein shake, ter ‘on’ blender masa nak pasang blade.

Bonda susah nak imaginasi bagaimana boleh terkena blender.

Maryam kemudiannya dikejarkan ke hospital selepas tangannya berlumuran darah.

Jelas Bonda Rozita lagi, pemeriksaan doktor mendapati saraf di bahagian tangan putus dan pembedahan kecil perlu dijalankan.

Tak pernah dibuat orang luka sebab blender.

Ni sebab pandai sangat memasak. Petang masuk hospital budak bertuah ni tangan luka kena jahit.

Doktor kata salah satu saraf putus dan kena jahit untuk sambung.

Sumber: Instagram