

Kredit: the Exchange Asia
Tak tahu nak buat apa cuti sekolah ni? Haa ni kami nak share satu berita masyuk untuk korang yang suka shopping barang dapur atau kaki durian tegar—ada Durian Sale di TikTok Shop pada 20 hingga 22 Mei 2025 ni!
Masa terbaik untuk borong buah fresh dan jimat kaw-kaw sebab ada diskaun sampai 18%. Nak tahu lebih lanjut? Baca sampai habis!
Antara promo yang korang boleh rebut sepanjang 20-22 Mei 2025 ini:
- 12% diskaun (cap RM10) – Belanja minimum RM50
- 12% diskaun (cap RM10) – Belanja minimum RM35
- 18% diskaun (cap RM50) – Belanja minimum RM100
- Live exclusive – 12% diskaun (cap RM5) – Belanja minimum RM25
Jangan lupa voucher akan release pada pukul 8 pagi, 12 tengah hari & 6 petang. Siapa cepat dia dapat! Jangan lambat nanti habis.
Durian Udang Merah RM89 tapi rasa premium!

Kalau korang penggemar durian jenis Udang Merah, Syabab Fresh Store memang tak pernah mengecewakan. Semoena promosi ni, mereka offer satu pack durian (500g) bernilai RM89 yang rasanya memang padu!
Untuk yang berminat nak dapatkannya, beli je di TikTok Syabab Fresh Store, ok!
Kalau korang nak tahu, Syabab Fresh mula berniaga di TikTok Shop sejak Januari tahun lepas, selepas berdepan cabaran besar dan kenaikan kos yang mendadak di platform lain.
Tapi bila mereka cuba jual kurma, sambutan yang diterima memang sangat menggalakkan terutamanya di bulan Ramadan. Sejak daripada itu mereka terus jual buah-buahan lokal & import seperti:
- Harumanis Perlis
- Ceri Turki
- Delima Yaman
- Durian Musang King
Orang ramai pun dah makin kenal Syabab Fresh, siap ada yang cakap “Eh jual buah pun dapat beg kuning?!” Hebat tak hebatlah penangan TikTok Shop ni!
Nak buat side income? Join Program Affiliate mereka!
Kalau korang seorang content creator yang aktif menghasilkan video atau siaran langsung di TikTok, ini peluang untuk jana pendapatan tambahan.
Dengan menyertai program affiliate mereka, korang akan menerima komisen sebanyak 10% bagi setiap jualan yang berjaya. Semakin konsisten korang mempromosikan produk, semakin tinggi potensi untuk jana side income yang lumayan.
Shopping barang dapur dengan mudah & selamat di TikTok Shop
Kami sendiri dah try shopping groceries kat TikTok Shop. Serius, memang best!
Barang fresh, sampai cepat, fresh, dan memang puas hati. Korang juga boleh tengok review dulu sebelum beli dan seller pula akan explain terus pasal produk semasa live. Jadi, takdelah rasa ragu-ragu.
Tak payah dah nak ke pasar, semuanya klik je dari phone!
Jadi, korang tunggu apa lagi? Ingat, kempen ni berlangsung dari 20 hingga 22 Mei 2025, 3 hari je weh!
Jangan sampai terlepas. Rebut voucher ikut masa yang ditetapkan, try durian Udang Merah padu dari Syabab Fresh.








