

Penampilan terbaharu pelakon dan pelawak, Enot mencuri perhatian ramai apabila dia kelihatan jauh lebih langsing berbanding sebelum ini.
Artikel Berkaitan: Enot Nafi Buat Pembedahan Bariatrik – ‘Itu Namanya Tempah Maut, Saya Bekas Pesakit Kanser Perut Tak Boleh Usik’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Berat Badan Enot Kini 75kg, Netizen Terkejut Tengok Makin Langsing – ‘Kurusnya, Dah Macam Melly Goeslaw’
‘Berat 105kg jadi 70kg’
@enot7812 Indoor activities bowling? Selain diet Kene ade aktivi sikit tau guys..happy weekday To all of you..Muahhh Jangan lupe KALISTA (bag kuning) @KALISTA HQ @KALISTA HQ #ENOT #fyppppppppppppppppppppppp #fyp??viral?tiktok #2025 #fypmalaysia #alhamdulillah #sihatdancantik #kalista #bersyukur #sihat ? suara asli – fazasigli
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok, Enot atau nama sebenarnya Aliza Abdullah, 46, dilihat sedang mengikuti trend menari TikTok, namun apa yang lebih menarik perhatian warganet adalah perubahan ketara fizikalnya yang kini tampil lebih ramping dan sihat.
Dalam ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dan tertanya-tanya apakah rahsia Enot dalam menurunkan berat badan secara drastik.
Menjawab pertanyaan itu, Enot memberitahu dia hanya mengamalkan diet selama setahun selain mengurangkan pengambilan gula dan karbohidrat.
Berat badan dari 105kg jadi 70kg.
Sementara itu, Enot turut mendedahkan dia tidak menjalani sebarang pembedahan atau prosedur potong usus seperti yang didakwa segelintir pihak.
Tambahnya lagi, pembedahan potong usus bukanlah satu pilihan kerana dia merupakan bekas pesakit kanser dan perlu menjaga kesihatan dengan lebih teliti.
Tak boleh potong usus sebab bekas pesakit kanser.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji transformasi Enot malah turut menjadikan pelakon itu sebagai inspirasi kepada mereka untuk turut mengamalkan gaya hidup sihat tanpa perlu mengambil jalan pintas.
Sumber: TikTok






