Pelakon Riena Diana menyelar segelintir pihak yang menuduhnya melakukan pembedahan pada bahagian telinga.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya & Keith Foo Sepakat Pilih Tema Garden Wedding’ – Riena Diana

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Riena Diana Nak Timang Anak, Minta Keith Foo Cepat Ajak Kahwin – ‘Itukan Impian Setiap Wanita’

Hanya pakai gam

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok Inayah Beauty, Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal berkata, dia hanya menggunakan gam pada bahagian telinga sekaligus menepis dakwaan melakukan pembedahan.

Orang sibuk cakap saya buat pembedahan telinga.

Ada yang menuduh saya, ‘telinga dulu bukan ke capang? Artiskan, mesti pergi buat operation.’

Mana ada saya operate, saya pakai gam sahaja.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tidak pernah memandang fizikal pelakon drama Kampung People itu sebagai kekurangan malah memuji kecantikannya.

Habislah siapa yang fitnah tu.

Diana, anak saya pun capang tetapi tetap cantik dan lawa, itu dah semula jadi.

Bukan capang tu, tapi telinga besar sikit. Dari dulu saya perasan tapi comel la.

Orang kalau dah cantik, capang macam mana pun cantik juga.

Sumber: TikTok Inayah Beauty