Pempengaruh dan usahawan, Datin Seri Shahida mendedahkan kucing kesayangan suaminya, Datuk Seri Aliff Syukri yang bernama ‘Dodi’ telah meninggal dunia.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shahida Dedah Aliff Syukri Pernah Nyaris ‘Disondol’ Anak Dara – ‘Waktu Itu Kami Kerja Office’

Dodi kemurungan

@modelistaempire #aliffsyukri ? Instrumen Sedih – Khalif Arkhan

Menerusi rakaman video dimuat naik @ModelistaEmpire, Shahida memaklumkan kematian Dodi mungkin berpunca daripada kemurungan selepas kematian pasangan.

Ujarnya, pasangan kepada Dodi mati selepas berlakunya pendarahan yang teruk ketika melahirkan anak.

Dodi dah mati dah, korang.

Rasanya dia mati sebab stres isteri dia mati.

Mama dah kahwinkan dia dan pasangan dia kemudiannya bunting sebanyak dua ekor anak.

Tapi mungkin disebabkan pertama kali bunting, dua ekor anak itu mati dalam perut.

Kemudian kami pun bawa ke klinik untuk keluarkan anak-anak itu tetapi selepas itu pasangan Dodi pula mati sebab berlaku tumpah darah.

Selepas kematian pasangan, Dodi mula kemurungan dan memilih untuk tidak mahu makan dan minum.

Selepas kematian pasangan, Dodi jadi stres.

Dia tak nak makan dan minum.

Bukan itu saja, dia banyak termenung dan banyak baring saja.

Biasalah pasangan dia dah pergi kan? Lagi pula itu saja pasangan yang berdua dengan dia.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak menyangka kucing liar yang tular sejak beberapa tahun lalu itu telah meninggal dunia.

Malah, mereka turut meluahkan rasa rindu untuk melihat gelagat Aliff bersama Dodi.

Sumber: TikTok