

Seorang individu mendakwa pelakon, Shakilla Khoriri merampas suami kepada rakannya menerusi komen yang ditinggalkan di Instagram, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Shakilla Khoriri Berang Ada Individu Mengaku Penjaga Utama Anak & Cuba Daftar Sekolah Tanpa Pengetahuan – ‘Memandai Pula’
Artikel Berkaitan: ‘Ameena Ibarat Hanya Ada Aku Yang Akan Melihat Up & Down Hidup Serta Perasaan Dia’ – Shakilla Khoriri
Ajak bersemuka

Bengang dengan tuduhan tersebut, pemilik nama Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 36, mengajak individu bernama Aswad itu bersemuka untuk melihat bukti sama ada dakwaannya itu benar atau tidak.
Shakilla berkongsi perkara itu menerusi Instagram Story (IGs) pada Ahad.
Tolong balas mesej saya, nak sembang pasal lelaki kawan awak tu.
Banyak nak sembang berserta bukti ni.
Sebab ini saya malas nak sembang tiada bukti.
Bagaimanapun selepas beberapa jam, ibu kepada Ameena Sofia memuat naik gambar menyatakan dia telah disekat selepas cuba untuk mendapatkan nombor individu tersebut.
Jangan berlagak tahu

Jelasnya, dia pilih untuk bertemu empat mata dengan lelaki itu kerana tidak gemar membalas komen dengan manusia yang mengakui serba tahu tentang kehidupannya.
Kalau nak menulis yang paling serba tahu pastikan kena berani dan yakin dengan apa yang ditulis.
Untuk tidak kena maki depan netizen yang budiman.
Sembang tin kosong, lain kali jangan menyibuk hal orang. Jangan nak jadi yang paling tahu hal orang lain.
Sebelum ini, seorang individu mendakwa Shakilla merampas suami kepada kawannya selepas aktres itu tampil menjawab persoalan netizen tentang kelibat bekas suaminya, Fizi Ali yang dilihat tidak hadir di hari sukan anak mereka.
Sumber: Instagram







![[VIDEO] Individu Tegur Penampilan Nampak Dewasa, Thalita Bidas – ‘Saya Duduk Atas Pentas, Makeup Kena Tebal’](https://asset.ohbulan.com/2026/07/thalita-1.jpg)
