Setelah lima tahun menjalani proses Persenyawaan In Vitro (IVF), pempengaruh dan usahawan Fila Amir dan suami, Muhammad Adama Camara selamat menimang cahaya mata perempuan, semalam.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fila Amir & Suami Tak Pilih Jantina Dari Ujian IVF, Bakal Timang ‘Baby Girl’! – ‘Boleh Beli Baju Kembang & Buat Rambut’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Suami Fila Amir Sedia RM100k Untuk Beli Barang Bayi, Sempoi Letak Duit Dalam Plastik Bungkusan – ‘Dia Sangat Teruja’

Puteri sulung

Berita gembira itu dikongsikan oleh Fila menerusi Instagram pada awal pagi semalam di sebuah pusat perubatan.

Fila atau nama penuhnya Nur Afilah Amir Rusdi turut memuat naik beberapa foto bayi perempuannya.

Alhamdulillah, kami akhirnya papa dan mama.

Tahniah Fila dan suami

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan artis turut tumpang gembira dengan kelahiran puteri sulung pempengaruh berusia 30 tahun itu. Selain itu, ruangan komen dipenuhi dengan ucapan tahniah buat Fila dan Adama yang  menempuhi kehidupan baru sebagai ibu bapa.

Sumber: Instagram @filaamir