Bekas isteri kepada pengarah terkenal Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar, berkongsi pendekatan yang diambil untuk meneruskan kehidupan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ira Kazar Tak Terfikir Nak Kahwin Lagi, Bahagia Dengan Kehidupan Sekarang – ‘Buat Masa Sekarang, Saya Tak Terima Pinangan’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ira Kazar Kongsi Keadaan Selepas Menjanda, Beri ‘Hint’ Bakal Bergelar Penyanyi? – ‘Saya Banyak Buat Review Produk’

Pengajaran hidup

@nuefera

Pengalaman lalu membuatkan Ira lebih matang dan menjadi lebih baik dari sebelum ini. #irakazar #nuefera

♬ original sound – Nuefera – Nuefera

Menerusi hantaran di TikTok produk makanan tambahan iaitu Nuefera, Ira mengakui bukan mudah untuk bangkit semula selepas melalui fasa kehidupan yang sukar.

Bagaimanapun, Ira atau nama lengkapnya Faghirah Fatini Kazaruddin memulakan langkah baru dengan kepercayaan penuh pada diri sendiri.

Apa yang saya lalui sebelum ini banyak memberikan pengajaran. Sekarang saya nampak macam-macam perkara saya boleh lakukan.

Bukan mudah untuk saya ‘move on’ dan pandang kehadapan, ia mengambil masa untuk membentuk keyakinan diri.

Orang lain tak boleh tolong, jadi saya paksa diri untuk keluar dari kepompong negatif. Itulah caranya dengan memaksa diri sendiri.

Dalam masa yang sama, sokongan daripada orang sekeliling juga sedikit sebanyak membantu Ira untuk kekal positif.

Orang di sekeliling saya pun memainkan peranan juga, mereka bagi kata-kata semangat dan doa-doa yang sangat baik.

Pilih diri sendiri

@nuefera

Replying to @asiahtajudin (DDCY) Orang sekeliling byk bantu Ira utk bangkit. Dan yang penting diri sendiri mesti ada azam yang tggi #nuefera #irakazar

♬ original sound – Nuefera – Nuefera

Sementara itu, anak kepada pelakon senior Kazar Saisi tersebut juga mengambil keputusan untuk tidak membiarkan dirinya hanyut dalam kemurungan malah, dia mencuba untuk mencari potensi diri.

Sebenarnya ia juga bergantung kepada diri sendiri.

Kalau kita memilih untuk bersedih atau kemurungan terlalu lama, maka kita akan sentiasa di situ.

Tetapi saya cari jalan kebahagiaan dan tak mahu sedih serta murung dalam masa yang lama.

Dari dalaman juga, saya tanam niat untuk teruskan hidup dan nak tengok perkara-perkara baru.

Terdahulu, Ira menjadi antara topik hangat selepas mendirikan rumah tangga bersama Syamsul pada 6 Januari 2023 di Selatan Thailand.

Namun, pada 5 September lalu, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor mengesahkan wujudnya lafaz cerai taklik yang dilafaz oleh Syamsul terhadap Ira ketika pasangan itu masih bergelar suami isteri.

Syamsul dan Ira kemudiannya disahkan bercerai oleh mahkamah pada hari yang sama. 

Sumber: TikTok Nuefera