
Pelakon dan usahawan, Wawa Zainal meluahkan rasa kebimbangan terhadap masa depan anak perempuannya, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa apabila dia memulakan perniagaan kek batik pada usia muda.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aeril Zafrel & Wawa Zainal Hadiahkan ‘Chiller’ Kepada Haura, Sokong Minat Anak Jadi ‘Baker’
Artikel Berkaitan: ‘Agak-Agak Diterima Tak?’ – Aeril Zafrel ‘Cuba Nasib’ Jadi Ahli ‘Old Money’, Netizen Terhibur Gaya Seluar Ikat Di Bahu
Dalam dilema

Pemilik nama Nur Hawa Zainal Abidin, 34, meluahkan kerisauan itu selepas melihat perniagaan Hayla semakin mengembang hingga dia tiada masa untuk menikmati zaman kanak-kanaknya.
Hayla dilihat sibuk menghabiskan masa di dapur memenuhi tempahan berbanding meluangkan masa bermain seperti kanak-kanak lain.
Saya dengan Aeril dalam dilema. Adakah Hayla terlalu muda?
Atau berbakat pada usia muda?
Saya masih memikirkannya. Saya mahu dia berseronok menjadi kanak-kanak seperti bermain, belajar dan carefree.
Masih tertanya-tanya, betul ke saya buat ini untuk menggalakkan Hayla menceburi dalam perniagaan.
Perkongsian usahawan Wawa Cosmetic itu mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya berkongsi pendapat mengenai masalah yang dihadapinya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju supaya pasangan selebriti itu menyokong minat Hayla namun mengehadkannya supaya seimbang dengan pelajaran.
Hal ini kerana, Hayla masih merupakan seorang pelajar dan bimbang sekiranya diberikan kebebasan penuh gadis itu hilang minat untuk belajar.
Komen netizen


Sumber: Instagram








