Gelombang K-Pop memang tidak disangkal telah ‘merebak’ ke seluruh dunia, termasuklah Malaysia. Ramai dari kalangan peminat K- Pop ini sanggup berhabis ratusan ringgit semata-mata untuk bertemu penyanyi kesayangan mereka dan menghadiri konsert yang diadakan di negara ini.
Baru-baru ini, artis kumpulan popular di Korea, EXO telah mengadakan konsert di Malaysia dan ramai peminat mereka menghadiri konsert yang julung kali diadakan itu. Bagaimanapun, ada suatu perkara yang berlaku pada konsert tersebut sehingga mendapat liputan media Korea sendiri.
Diberi hadiah mewah
Menerusi laporan portal allkpop, seorang daripada ahli EXO, Suho telah menerima sebuah hadiah lumayan daripada peminat di Malaysia ketika konsert itu sedang berlangsung.
Mana tidaknya, ketika sedang membuat persembahan, Suho telah dikejutkan dengan hadiah berupa sebiji iPhone 11 Pro yang ‘dibaling’ dari peminatnya dari bawah pentas kepadanya.
Terharu
Selepas mendapat kejutan itu, Suho yang juga merupakan ketua kumpulan EXO itu dilihat memegang hadiah tersebut yang masih berada di dalam kotak. Dia juga dikatakan terharu dan menahan air matanya di atas kejutan yang diterima olehnya itu.
Malah menerusi laporan portal Koreaboo, selepas sahaja menerima hadiah tersebut Suho dilihat meletakkan kotak itu di tepi pentas bagi mengelak daripada berlakunya sebarang kehilangan atau kerosakan.