Pengasas jenama fesyen popular, Christy Ng sekali lagi mencuri tumpuan selepas mendedahkan perbelanjaan barangan pantri di pejabatnya sekitar RM40,000.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Christy Ng Buat Surau Di ‘Office’ Demi Kesenangan Staf – ‘Tak Sampai Hati Tengok Mereka Berhimpit Untuk Solat’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Christy Ng Berhabis RM30k ‘Restock’ Pantry Pejabat Curi Perhatian, Deodoran Pun Ada! – ‘Ini Dah Melanggar Hukum Majikan’

Tak kedekut

Menerusi perkongsian di TikTok, pemilik nama Christina Ng itu memaparkanya dirinya melakukan pengisian semula (restock) dengan pelbagai jenis makanan di ruangan pantri.

Antaranya ialah buah-buahan, air bergas, keropok, makanan ringan dan segera, manisan seperti coklat, jelly dan banyak lagi.

Tidak hanya makanan, pada pengisian semula di pantri pada kali ini, Christy juga menyediakan barangan mandi seperti sabun badan, hair mist dan barangan yang diperlukan wanita seperti pad.

Sementara itu, Christy sempat berseloroh berharap para pekerja tidak akan ‘mengular’ selepas dia melakukan pengisian semula makanan di pantri terbabit.

Christy dah restock pantry sebab nak make sure staf Christy tak mengular dah.

Video perkongsian selama lima minit itu ternyata menarik minat orang ramai terutamanya mereka yang sudah lama mengimpikan untuk mempunyai majikan sepertinya.

Komen warganet

Sumber: TikTok