
Kenyataan usahawan dan pempengaruh, Noor Nabila yang memaklumkan dirinya kini dalam fasa mengenali hati budi seorang lelaki telah menyorot perhatian netizen.
Artikel Berkaitan: ‘Kami Datang Bercuti Lima Orang, Duduk Serumah Bukan Sebilik’ – Noor Nabila
Netizen sindir Nabila

Menerusi ciapan di aplikasi Threads, seorang individu memuat naik semula kenyataan dikeluarkan sebuah portal hiburan mengenai kenyataan kakak kepada pelakon dan pengacara, Neelofa.
Di ruangan kapsyen, individu berkenaan tampil menyindir sambil bertanyakan tips kepada Nabila yang dianggap mudah menukar pasangan selepas beberapa kali gagal dalam perkahwinannya sebelum ini.
(Bagi) tips sikit kakak, mudahnya bertukar lelaki macam tukar ‘pampers’ anak dia.
Peminat ‘backup’

Melihat kepada ciapan yang dibuat, seorang peminat yang dikenali sebagai @fatinfaziana menyelar dan mempertahankan Nabila menerusi aplikasi yang sama.
Menurut Fatin, adalah tidak salah bagi Nabila untuk mencari pasangan baharu dan meneruskan kehidupannya.
Habis itu kau nak dia buat apa? Meroyan dan buka aib bekas suami dia? Perangai macam itu memang ‘low class’.
Aku lagi suka tengok orang yang boleh teruskan hidup dan cari kebahagiaan dia sendiri.
Kau tak rasa macam tu ke?
Untuk rekod, Noor Nabila Noor Nabila mendirikan rumah tangga kali pertama pada Julai 2013 namun perkahwinan itu tidak bertahan lama sebelum mengambil keputusan untuk berpisah pada 2014.
Pada Mac 2017, Nabila bernikah dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad sebelum disahkan bercerai pada Julai 2020.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Jebat Jayden yang kini berusia enam tahun.
Nabila kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan bekas suami kepada penyanyi dan pelakon, Erra Fazira iaitu Engku Emran pada 19 Mac 2021 namun bercerai dua tahun selepas itu.
Sumber: Threads







![[VIDEO] ‘Saya Harap Kebenaran Akan Berpihak Kepada Kami’ – Caprice](https://asset.ohbulan.com/2026/08/caprice-3.jpg)
