Pasangan selebriti Indonesia, Rezky Aditya dan Citra Kirana, tampil berkongsi beberapa tips bagaimana mereka mengekalkan keharmonian dalam rumah tangga meskipun masih baharu dalam alam perkahwinan.

Selalu luang masa bersama

Ketika ditemui OhBulan!, Citra atau nama penuhnya Citra Kirana Siregar mengakui bahawa setiap rumah tangga pasti melalui fasa turun naik serta pelbagai ujian.

Namun begitu, menurutnya, setiap pasangan harus belajar menerima segala ujian tersebut dengan hati yang terbuka dan penuh kesabaran.

Ini sedikit tips dari kami sebagai pasangan baharu, setiap rumah tangga ada ujiannya. Tapi kita kena menerima dengan lapang dada.

Selain itu, perkara lain yang dititikberatkan dalam membina keharmonian rumah tangga adalah dengan meluangkan masa berkualiti bersama meskipun masing-masing sibuk dengan kerjaya.

Kami selalu meluangkan masa bersama.

Contohnya kami datang ke Malaysia untuk mempromosikan filem Keajaiban Air Mata Wanita, dan sekaligus kami berdua dapat bercuti dan berjalan bersama-sama. Bagi kami, dalam sesuatu hubungan kualiti masa itu sangat penting.

Bukan itu sahaja, Citra dan Rezky juga percaya bahawa memiliki hobi yang sama memberi impak positif kepada keharmonian rumah tangga.

Ada hobi yang sama dengan pasangan juga membantu mengekalkan hubungan suami isteri

Selain itu, bersabar dan komunikasi dan menghormati pasangan antara perkara yang kami titikberatkan dalam perhubungan.