
Pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Abang Koroy memuji keperibadian pempengaruh sensasi, DMA Islam.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Simpati DMA Islam Dimalukan Depan Khalayak Ramai
DMA hormat orang
Menerusi rakaman video sesi siaran langsung yang tular, Abang Koroy menyifatkan DMA sebagai seorang individu yang sangat menghormati orang di sekelilingnya.
Yang pasti DMA memang ‘power’ dan sangat menghormati orang.
Apa yang dia tonjolkan di konten dan bila kau jumpa dia depan-depan, sangat berbeza.
Mungkin itu hanyalah konten dia semata-mata.
Dia pernah masuk waktu aku buat ‘live’ dua ke tiga tahun lepas macam itulah, dia sangat beradab waktu bertanya berkenaan YouTube sebab masa itu aku tengah aktif dengan YouTube.
DMA sangat ‘humble’

Berkongsi lanjut, Abang Koroy memaklumkan DMA mempunyai budi pekerti yang sangat mulia jika hendak dibandingkan dengan kebanyakan pempengaruh media sosial lain.
Aku jumpa dia untuk sukan tinju beberapa hari lepas pun dia sangat bagus dan beradab.
Cakap pun menunduk saja, lemah lembut dan ‘soft spoken’ orangnya.
Dan walaupun dia macam terkenal tapi dia tak berlagak pun sebab kebanyakan orang bila dan ‘famous’ akan berlagak tau tapi DMA ini, dia ‘humble’.
Sekadar info, satu perlawanan tinju melibatkan DMA Islam dan Abang Koroy telah berlangsung secara langsung di aplikasi TikTok dan disaksikan oleh puluhan ribu penonton pada malam Selasa.
Pada perlawanan itu, DMA Islam telah tewas secara ‘knockout’ (KO) manakala Abang Koroy selaku pemenang berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000.
Sebelumnya, perlawanan melibatkan dua pempengaruh itu pada awalnya dijadualkan berlangsung di Dataran Merdeka pada Ahad bersempena dengan Sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2025.
Walau bagaimanapun, perlawanan tersebut telah dibatalkan secara tiba-tiba oleh pihak Twins Championship.
Sumber: TikTok








